Summary: | Kajian infeksi parasit darah pada mamalia kecil ini dilakukan di Kawasan Perladangan
Kelapa Sawit Mostyn di Kunak, Sabah. Sebanyak 46 ekor mamalia kecil yang terdiri
daripada Tupaia longipes, Tupaia tana, Callosciurus notatus, Rattus rattus, Sundamys
whiteheadi, Sundamys muelleri dan Maxomys surifer berjaya diperolehi. Sebanyak 12
(26.09%) daripada sampel mamalia kecil yang dikaji mempunyai infeksi parasit darah
seperti Plasmodium sp., Brugia sp., serta Wuchereria sp. manakala yang selebihnya tiada
parasit darah ditemui. Secara umumnya, sembilan ekor mamalia kecil betina mendapat
infeksi parasit manakala mamalia kecil jantan hanya tiga ekor daripada jumlah
keseluruhan yang diinfeksi. Berdasarkan spesies mamalia kecil pula, Tupaia longipes
mendapat infeksi parasit tertinggi iaitu lima ekor (10.86%), diikuti dengan Callosciurus
notatus tiga ekor (6.52%), Rattus rattus dua ekor (4.35%), Tupaia tana dan Maxomys
surfer masing-masing satu ekor (2.17%). Manakala 34 ekor mamalia kecil selebihnya
(73.91%) termasuk Sundamys muelleri dan Maxomys whiteheadi, tidak mendapat
sebarang infeksi daripada parasit darah. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan
bahawa wujudnya hubungan antara kehadiran infeksi parasit dengan jantina mamalia
kecil tetapi tiada hubungan antara kehadiran infeksi dengan spesies mamalia kecil.
|