Summary: | Kajian terhadap Dolichoderus Lund, 1831 (Hymenoptera: Formicidae) di BORNEENSIS
dijalankan bermula Januan hingga Jun 2009. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan
status taksonomi, taburan geografi dan membina kekunci dikotomi spesies Dolichoderus
di BORNEENSIS. Pengecaman ke atas sejumlah 816 individu semut Dolichoderus dibuat
dengan menggunakan mikroskop Stereo Leica EZ4 untuk menentukan cin-cin
morfologinya. Spesies paling dominan adalah O. thoradcus (530 individu, 64.95%) diikuti
oleh D. cuspidatus(88 inclividu, 10.78%), D. coniger(44 individu, 5.40%), D. sulcaticeps
(31 indlvidu, 3.8%), D. inderapurensis dan D. pastorulus (25 individu, 3.06%), D.
kinabaluensis(19 individu, 2.33%), D. modiglianii (14 individu, 1.72%), D. maschwitzi dan
O. sp.1 setiapnya (11 individu, 1.35%). Spesies kurang daripada 10 individu adalah D.
beccarii (5 individu, 0.61%), D. tubenfer (4 individu, 0.49%), termasuk D. smirugosus
serta tiga morfospesies lain iaitu D. sp.2, D. sp.3 dan D. sp.4 (2 individu, 0.25%) serta
D. patens (1 individu, 0.12%). Semua koleksi diperolehi dan kawasan Borneo, Malaysia
Barat, Singapura, Indonesia dan Thailand. Borneo adalah penyumbang spesies yang
paling tinggi iaitu 76.5 peratus. Kekund dikotomi spesies Dolichoderus di BORNEENSIS
dibuat berdasarkan ciri-ciri morfologi di bahagian kepala, mesosoma, petiol, gaster dan
kaki. Memandangkan Borneo mempunyai kekayaan semut yang tinggi clan kekurangan
kekunci dikotomi di peringkat spesies, kajian taksonomi semut yang berterusan adalah
penting.
|