Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menerokai isu-isu dalam kalangan bekas penagih Methamphetamine iaitu persepsi keberkesanan program pemulihan, mengenalpasti strategi daya tindak, dan proses niat mereka. Seramai 59 orang bekas penagih lelaki yang berumur antara 18 hingga 38 tahun dan sedang menjalani program pengawasan di pusat AADK di Sandakan dan Kota Kinabalu telah dipilih secara persampelan bertujuan.
Secara umumnya, responden mempunyai pandangan yang positif mengenai pengisian program dan bersetuju bahawa ia memberi faedah kepada mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai strategi daya tindak berbeza berdasarkan
niat atau tidak untuk menagih semula. Keinginan bawah sedar, rakan-rakan dan masalah keluarga didapati merupkan punca utama kebarangkalian berlakunya penagihan berulang.Implikasi kajian juga dibincangkan.
|