Summary: | Paphiopedilum rothschildianum merupakan spesis orkid selipar yang sangat jarang
ditemui di habitat liar dan disenaraikan dalam appendiks I Convention on
International Trade in Endangered Species (CITES). Salah satu faktor yang
menyumbang kepada penurunan jumlah populasi spesis ini ialah kadar
pertumbuhannya yang perlahan. Dalam kajian ini, kaedah propagasi secara in vitro
(mikropropagasi) digunakan untuk mempropagasi orkid tersebut kerana ia
berpotensi menghasilkan tumbuhan baru dalam jumlah yang banyak dalam masa
yang singkat. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu protokol untuk mikropropagasi P. rothschildianum menggunakan kalus sebagai eksplan dalam
sistem kultur separa pepejal dan kultur cecair. Kajian ini terdiri daripada dua
peringkat; peringkat pertama ialah untuk mengoptimumkan pengaruhan dan
penyelenggaraan kalus serta regenerasi JSP/pucuk daripada kalus pada media
separa pepejal, peringkat kedua ialah pengaplikasian keadaan yang telah
dioptimumkan (peringkat 1) dalam sistem kultur cecair [rendaman berterusan
(kelalang) dan separa (RITA®)] untuk proliferasi kalus dan regenerasi JSP/pucuk.
Dalam kajian pengaruhan kalus, media asas (1/2 MS, 1/4 MS dan RE); eksplan [(biji
benih (BB), protokom teraruh dari biji benih (PTB), protokom sekunder (PS) dan
segmen daun (SD)]; umur PTB (1, 2 dan 3 bulan); kepekatan TDZ (0-1 mg/l) dan
2,4-0 (0-5 mg/l); kepekatan zeatin (0-5 mg/l); aditif (pepton, ekstrak yis, dan air
kelapa); dan kepekatan sukrosa (20-50 g/l) yang berlainan dikaji. Penyelenggaraan
kalus dilakukan dengan menguji kepekatan aditif (arang teraktif, pepton, ekstrak
yis, dan air kelapa) dan sukrosa (20-50 g/l) yang berlainan. Pengaruhan JSP/pucuk
daripada kalus dilakukan dengan menilai kepekatan (0-5 mg/l) dan jenis (2,4-0,
NAA, SAP, TDZ, Kinetin) pengawalatur tumbuhan yang berlainan. Kajian regenerasi
JSP/pucuk diteruskan dengan menilai kesan sumber kalus (kalus yang diaruhkan
daripada media dengan 0, 3 atau 5 mg/l 2,4-0), jenis (sukrosa, fruktosa dan
glukosa) dan kepekatan (0, 2.7, 5 and 20 g/l) sumber karbon yang berlainan. Kalus
(0.1 g) yang diaruhkan pada media separa pepejal dipindahkan pada media cecair
(5 ml) dalam kelalang kon (50 ml) digoncangkan pada 100 rpm untuk memulakan
kultur sel ampaian yang bertujuan untuk memproliferasi kalus. Penilaian sistem
RITA® (5 min setiap 125 min masa rendaman) dilakukan dengan mengkulturkan
kalus (0.5 g) dalam media cecair (150 ml). Kajian regenerasi JSP/pucuk dalam
sistem RITA® diteruskan dengan menilai kesan jenis (sukrosa dan glukosa) dan
kepekatan (2.7, 5 and 20 g/l) sumber karbon yang berlainan. Hasil kajian
menunjukkan pengaruhan kalus adalah lebih baik pada media asas 1/2 MS
(80.0%±20.9) berbanding 114 MS (65.0%±10.0) and RE (35.0%±28.5).
Pengaruhan kalus juga lebih baik pada media 1/2 MS berbanding media RE
walaupun dengan kepekatan TDZ dan 2,4-0 yang berlainan. Eksplan BB, PTB dan
PS menghasilkan kalus seawal 30 hari pad a kesemua rawatan di mana pengaruhan
dan proliferasi kalus paling baik pada media dengan 1 mg/l TDZ dan 5 mg/l 2,4-0
dengan peratusan eksplan menghasilkan kalus masing-masing adalah 77.0%±4.5,
95.0%±10.5, dan 75.0%±20.4 selepas 90 han pengkulturan. PTB merupakan
eksplan terbaik manakala PTB pada umur 3 bulan adalah paling sesuai untuk
pengaruhan kalus. Penambahan ekstrak Vis dan zeatin meningkatkan kadar
pengaruhan kalus (85.0%±19.1, 90.0%±11.5) dan mengurangkan kadar kematian
eksplan (30.0%±11.5, 25.0%±10.0), manakala air kelapa dan kepekatan sukrosa
melebihi 20 g/l mempunyai kesan yang sebaliknya dalam pengaruhan dan
proliferasi kalus. Penambahan 1-2 g/l arang teraktif telah meningkatkan kadar
proliferasi kalus (96.7%±10.5) dan mengurangkan kadar keperangan kalus
(45.2%±25.3) berbanding aditif lain. Kalus diselenggarakan pada media dengan 1
g/l arang teraktif selama lebih setahun. Regenerasi JSP daripada kalus diperolehi
pada media dengan 0.5 TDZ dan 3 mg/l BAP, tetapi dengan kadar yang sangat
rendah (15.0%±13.7 kalus menghasilkan purata 3 JSP). Kadar regenerasi
JSP/pucuk meningkat (37.5%±13.7 kalus menghasilkan purata 5.9 JSP/pucuk)
apabila kepekatan sukrosa dikurangkan (5 g/l) dan dengan penggunaan kalus yang
teraruh daripada media dengan 1 mg/l TDZ. Pengubahsuaian jenis dan kepekatan
sumber karbon kepada 2.7 g/l glukosa meningkatkan lagi kadar regenerasi
(67.5%±12.1 kalus menghasilkan purata 4.1 JSP/pucuk). Peningkatan berat bersih
kalus sebanyak 0.06g±0.03 direkodkan pada kultur kelalang, tetapi kadar
keperangan dan hyperhydricity adalah tinggi. Proliferasi kalus menggunakan sistem
RITA® menunjukkan 3 kali ganda peningkatan berat bersih kalus selepas 30 hari
pengkulturan. Kalus yang teraruh daripada media dengan 1 mg/l TDZ menghasilkan
135 JSP/pucuk per gram kalus dalam sistem RITA® selepas 30 hari pengkulturan.
Regenerasi JSP/pucuk meningkat (190 JSP/pucuk per gram kalus) dengan
peningkatkan kepekatan sukrosa dalam media daripada 5 g/l kepada 20 g/l.
|