Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola aktiviti lakuan harlan Nasalis larvatus dalam
kurungan secara umum iaitu menentukan lakuan utama, lakuan sosial. dan lakuan
minor, serta membandingkan aktiviti-aktiviti lakuan harian mengikut jantina dan
peringkat perkembangan yang berlainan. Kajian ini telah dijalankan di Taman
Hidupan Liar Lok Kawi, Sabah bermula pada bulan Julai 2007 hingga April 2008.
Subjek kajian terdiri daripada sembilan ekor N. larvatus iaitu seekor jantan dewasa
(Farouk). dua ekor betina dewasa (Aunt-1 & Aunt-2), dua ekor betina sub-dewasa
(Heather & Manja), tiga ekor juvana (Rose, Lily & Jastina), dan seekor bayi (Mia).
Kaedah Persampelan Imbasan (Altmann, 1974) telah digunakan dalam mencerap
aktiviti lakuan harian N larvatus dalam kajian ini iaitu direkod semasa lima minit
imbasan pada selang masa 10 minit dari jam 0600 bingga 1800. Sebanyak 449
imbasan dengan 3,893 bilangan pemerhatian berjaya dibuat dan 11 kategori aktiviti
lakuan telah dikenalpasti. Aktiviti lakuan utama ialah rebat (48.64%), makan
(27.42%), dan bergerak (10.17%). Aktiviti lakuan sosial ialah berdandan (7.04%),
bermain (4.01%), berlawan (1.41%), dan merangkul (0.05%). Aktiviti lakuan minor
pula ialah kencing (0.44%), defikasi (0.33%), minum (0.28%), dan berbunyi (0.21%).
Puncak bagi aktiviti lakuan rehat ialah pada blok masa 0600-0900, 1200-1300, 1500-
1600 dan 1700-1800, makan pada 1100-1200, 1400-1500, dan 1600-1700, dan
bergerak pada 0800-0900. Aktiviti lakuan utama bagi jantan dan betina dewasa adalah
sarna iaitu rehat, makan, dan bergerak manakala betina sub-dewasa ialah rehat
makan, bergerak, dan berdandan. Betina juvana dan bayi turut mempunyai aktiviti
lakuan utama yang sarna iaitu rehat, makan, bergerak, berdandan, dan bermain.
Perbezaan antara corak lakuan harian N. larvatus dalam kurungan dan di habitat
semulajadi ialah spesies ini memperuntukkan masa rebat yang tinggi pada awal pagi
(blok masa 0600-0900) di dalam kurungan manakala di habitat semulajadi, spesies ini
memperuntukkan masa rebat yang tinggi pada waktu tengahari sebingga lewat petang
(blok masa 1200-1800).
|