Summary: | Sebanyak enam penelitian lapangan menggunakan lampu sorot telah dijalankan
bagi buaya (Crocodylus porosus Schneider) di antara bulan November 2007 hingga
Februari 2008. Tiga penelitian lapangan dijalankan di mana, jarak penelitian terhad di
kawasan yang dipengaruhi oleh air pasang-surut dengan jarak sejauh empat kilometer di
Sungai Kinarut, manakala tiga penelitian lapangan lagi dilakukan di sepanjang Sungai
Beringis dengan jarak sejauh lima kilometer. Penelitian lapangan dilakukan ketika air
surut pada waktu Malam (1900-0600) berpandukan kepada jadual pasang surut bagi
Bandar Kota Kinabalu. Dua orang pemerhati meneliti setiap tebing sungai dengan
menggunakan lampu sorot daripada bot dengan kelajuan 6.0-8.0 km/j. Buaya yang
dikesan dikelaskan kepada tujuh kategori :Kelas 1 = ≤ 0.5 m; Kelas 2 = 0.5 - ≤ 1.0 m;
Kelas 3 = > 1.0 - ≤ 1.5 m; Kelas 4 = > 1.5 - ≤2.0 m; Kelas 5 = > 2.0 - ≤3.0 m; Kelas 6 => 3.0 m; Kelas 7 = EO (mata sahaja). Kedudukan buaya ditandakan di dalam GPS
(Global Positioning System). Sejumlah 36 individu dikesan di Sungai Beringis dengan
kepadatan populasi antara 1.2 km⁻¹ hingga 3.2 kini untuk setiap tinjauan. Manakala tiada
individu yang direkodkan di sepanjang Sungai Kinarut. Di Sungai Beringis, Individu
Kelas 1 mencatatkan bilangan individu tertinggi dengan (61.1 %), diikuti dengan kelas 2
(25%), dan kelas 7 (8.3%), manakala Kelas 3 dan Kelas 6 masing-masing mencatatkan
(2.8%). Hasil penelitian lapangan menunjukkan bahawa ekosistem tinggalan paya bakau
yang kedl masih dapat menampung populasi buaya secara semulajadi.
|