Summary: | Poli (asid hidroksamik) telah digunakan sebagai ionopor dalam membran Fe(III)-ISE yang dibina dengan komposisi 62% DEP, 30% PVC, 5% ionopor (PHA) dan 3% garam lipofilik (NaTPB). Fe(III)-ISE menunjukkan respon keupayaan linear untuk pengukuran aktiviti ion padajulat kepekatan 1.0 x 10-1 M hingga 1.0 x 10-5 M dengan kecerunan Nemstian 15.83 mVdekad-1 dan anggaran had pengesanan adalah 1.78 x
1 O-6 M. Elektrod pemilih ion Fe(III) yang dicadangkan mempunyai masa respon antara 5-16 saat pada julat pH berkesan iaitu pH 3 bingga 6 dengan jangka hayat
elektrod sehingga 7 minggu tanpa perubahan keupayaan yang signifikan. Pemalar selektiviti menunjukkan sifat keselektifan yang baik terhadap ion Fe3+ berbanding
beberapa ion-ion pengganggu kation seperti ion Na, ~ Ca(II), Zn(II), Mn(II), Pb(II) dan Cu(II). Penggunaan Fe(III)-ISE telah diuji dengan menentukan kepekatan ion Fe3+
yang hadir dalam sampel air dari bukit Kolej E, UMS dan dibandingkan dengan penentuan kepekatan menggunakan AAS.
|