Kesan air panas, asid nitrik, asid ginerelik, dan air suling ke atas pemecahan dormansi biji benih padi (Oryza sativa) varieti MR159

Kajian ini dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabahu ntuk mengkaji kesan penggunaan air panas 80°C, asid nitrik 63%, dan asid giberellik 0.05% untuk pemecahan dormansi biji benih padi varieti MR159. Air suling digunakan sebagai kawalan. Sampel padi dipero...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jayne Josie James
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20002/1/Kesan%20air%20panas%2C%20asid%20nitrik.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabahu ntuk mengkaji kesan penggunaan air panas 80°C, asid nitrik 63%, dan asid giberellik 0.05% untuk pemecahan dormansi biji benih padi varieti MR159. Air suling digunakan sebagai kawalan. Sampel padi diperolehi melalui penanaman padi. Selepas 114 hari penanaman, hasil dituai untuk dibuat ujian percambahan. Rekabentuk Rawak Lengkap (CRD) dengan tiga replikasi untuk empat jenis rawatan. Cerapan data dibuat pada hari ke-3, ke-7, dan ke-14 melibatkan parameter peratus biji benih yang bercambah secara normal. Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat kesan signifikan diantara keempat-empat jenis rawatan. Hasil kajian menunjukkan rawatan menggunakan asid giberellik meningkatkan peratus percambahan (72.33%) biji benih pada hari ke-3 sehingga hari ke-14. Seterusnya diikuti dengan penggunaan asid nitrik mencatatkan peratus percambahan (65.33%) kedua tertinggi pada harh ke-3 hingga hari ke-14. Biji benih yang dirawat dengan air suling memperlihatkan peratus percambahan (36.22%) ketiga tertinggi selepas rawatan menggunakan asid giberellik dan asid nitrik sehingga hari ke-14.Penggunaan air panas tidak memberikan apa-apa kesan ke atas percambahan biji benih padi. Dicadangkan agar penyelidikan dimasa akan datang dibuat bagi menentukan kepekatan asid giberellik yang paling efektif untuk pemecahan dormansi biji benih padi varieti MR159 dan juga pelbagai biji benih yang lain.