Summary: | Dalam kajian ini, empat model simpang p-n dibina secara simulasi. Bagi MODEL 1 dan
MODEL 2, kesan perubahan kepekatan terhadap arus simpang p-n dikaji. MODEL 3 dan
MODEL 4 pula mengkaji kesan perubahan ketebalan terhadap arus simpang. Bahan
yang digunakan dalam kajian ini adalah Silikon. Simpang p-n tersebut terlebih dahulu
dikaji dengan menggunakan perisian PISCES-II. Data yang diperolehi dianalisa dengan
menggunakan perisian MICROSOFT EXCEL. Hasil kajian menunjukkan semakin tinggi
kepekatan semakin tinggi nilai arus yang diperoleh. Selain itu, semakin meningkat nilai
ketebalan, nilai arus semakin meningkat. Kesimpulannya, arus berkadar terus dengan
kepekatan dan ketebalan.
|