Summary: | Dalam kajian ini, aktiviti antioksida, jumlah kandungan fenolik dan flavanoid pada
Amomum Coriaceum dan Amomum sp. 1 telah dijalankan. Tiga bahagian berlainan pada
tumbuhan (daun, batang dan rizom pada Amomum Coriaceum serta daun, batang dan akar
pada Amomum sp. 1) telah digunakan dalam kajian ini. Ekstrak tumbuhan disediakan
daripada sampel kering dengan pengekstrakan menggunakan 80% metanol pada nisbah 1
kepada 25. Kaedah reagen Folin-Ciocalteu digunakan untuk menentukan jumlah
kandungan fenolik manakala jumlah kandungan flavanoid ditentukan dengan
menggunakan kaedah kolometrik aluminium klorida. Aktiviti antioksida pula dinilai
dengan menggunakan cerakin radikal bebas DPPH (2,2-difenil-l-pikril-hidrazil-hidrat).
Keputusan menunjukkan jumlah kandungan fenolik dan flavanoid mengikut turutan
menurun ialah daun Amomum Coriaceum (fenolik: 4.22810.05 mg galik asid/g,
flavanoid: 5.997±0.031 mg katekin/g), rizom Amomum Coriaceum (fenolik: 2.99710.149
mg galik asid/g, flavanoid: 1.650±0.075 mg katekin/g), daun Amomum sp. 1 (fenolik:
2.705±0.059 mg galik asid/g, flavanoid: 0.958±0.017 mg katekin/g), akar Amomum sp. 1
(fenolik: 2.104±0.049 mg galik asid/g, flavanoid: 0.78910.013 mg katekin/g), batang
Amomum sp. 1 (fenolik: 1.747±0.023 mg galik asid/g, flavanoid: 0.700±0.017 mg
katekin/g) and batang Amomum Coriaceum (fenolik: 1.007±0.148 mg galik asid/g,
flavanoid: 0.542±0.017 mg katekin/g). Keputusan juga menunjukkan ekstrak pada daun
Amomum Coriaceum mempunyai nilai aktiviti antioksida yang paling tinggi berbanding
dengan sampel yang lain. Sebagai kesimpulan, kajian menunjukkan terdapat hubungan
kolerasi yang kuat antaraju mlah kandungan fenolik dan flavanoid serta aktiviti antioksida
pada kedua-dua spesies halia yang dikaji .
|