Summary: | Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan media yang sesuai untuk percambahan biji
benih, pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Renanthera bella secara in vitro.
Media Knudson C (KC) dan media separuh kepekatan Murashige & Skoog (½MS)
digunakan sebagai media asas. Untuk percambahan biji benih, bahan aditif homogenat
kentang (1%, w/v), jus tomato (1%, v/v) dan air kelapa (10%, v/v) telah ditambahkan ke
dalam media asas sementara untuk kajian pertumbuhan dan perkembangan protokom,
bahan aditif homogenat pisang (10%, w/v) dan serbuk ekstrak kentang (1%, w/v) telah
dicampurkan ke dalam media Knudson C (KC) sarna ada secara sendiri atau kombinasi.
Selepas 100 hari dikultur, di dapati media ½MS tanpa bahan aditif memberikan peratus
percambahan (75.2%) dan nilai indeks pertumbuhan (289.50±11.3) yang terbaik (p<0.05)
berbanding dengan media lain. Hasil kajian ke atas pertumbuhan dan perkembangan
protokom R. bella, selepas 120 hari dikultur, media KC yang ditambahkan dengan serbuk
ekstrak kentang (1%, w/v) memberikan nilai indeks pertumbuhan (557.01±14.2) yang
terbaik (p<0.05) berbanding media yang lain. Media KC yang ditambahkan dengan
homogenat pisang (10%, w/v) dan serbuk ekstrak kentang (1%, w/v) memberi peratus
proliferasi (35.0 %) yang terbaik pada protokom orkid R. bella.
|