Summary: | Kajian dilakukan untuk menentukan sebatian perasa yang terdapat di dalam pelbagai
sampel biskut dari pelbagai jenis dan pelbagai jenama. Sampel biskut yang dikaji
mempunyai perasa krim kraker, gandum dan bijan serta satu jenis kawalan bagi
membandingkan keputusan antara biskut yang mempunyai perasa tambahan dan
biskut yang tidak mempunyai perasa tambahan. Peralatan Likens dan Nickerson dan
Vigraux digunakan untuk mengekstrak sebatian perasa manakala peralatan
Kromatografi Gas- Pengesan Nyalaan Ion (GC-FID) digunakan untuk analisis sebatian
perasa. Untuk menentukan sebatian perasa, peralatan kromatografi gas (GC-FID)
digunakan Sebatian perisa yang dikaji adalah sebatian pirazina iaitu 2,3
dimetilpirazina, 2,5 dimetilpirazina, dan 2,6 dimetilpirazina. Hanya sampel krim
kraker yang mengandungi 2,3-DMP dan 2,5-DMP manakala sampel-sampel lain tidak
mengandungi sebatian pirazina yang dapat dikesan.
|