Summary: | Penanda Random amplified polymorphic DNA (RAPD) telah digunakan dalam
penandaan gen yang berpotensi rintang terhadap penyakit karah pada padi. Objektif
kajian adalah untuk mengkaji kepelbagaian genetik beberapa varieti padi tempatan
Sabah menggunakan penanda RAPD dan mengenalpasti penanda RAPD yang
berpotensi terangkai dengan gen yang rintang kepada penyakit karah padi yang terdapat
pada varieti padi tempatan di Sabah. Sembilan penanda RAPD iaitu OPA5, OPF6,
OPF9, OPF17, OPF19, OPGI8, OPB7, OPK9 dan OPH19 menunjukkan polimorfisma
yang jelas pada varieti tempatan yang rintang dan tidak rintang. Sebanyak 70 jalur
dihasilkan dan 63 adalah polimorfik. Padi traditional mempunyai kadar kepelbagaian
terhadap kerintangan kepada penyakit karah yang tinggi dengan memberikan 90 %
kadar polimorfisma. Setiap primer menghasilkan 3 hingga 13 jalur dengan saiz molekul
290 bp hingga 1300 bp. Frekuensi jalur tertinggi adalah 83.33 % dan frekuensi terendah
adalah 16.67 %. Indeks jarak genetik antara populasi rintang dan tidak rintang adalah
0.2645 manakala indeks kesamaan genetik adalah 0.7676. Dendogram UPGMA telah
membahagikan enam varieti padi kepada dua kelompok utama mengikut reaksi ke atas
penyakit karah. Kelompok pertama terdiri daripada kesemua varieti tidak rintang
kepada penyakit karah iaitu Batangan, Azucena, Bataris, dan Tadong serta satu verieti
rintang Batikan. Kelompok kedua terdiri daripada satu varieti rintang iaitu Ambas.
Penanda OPG 18 bersaiz 850 bp hanya dijumpai pada varieti rintang dan berpotensi
sebagai penanda bagi membezakan varieti rintang dan tidak rintang.
|