Akumulasi faseolin pada kotiledon dan biji benih kacang buncis melalui Elicitor abiotik : radiasi ultra ungu
Fitoalexin merupakan bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan hanya selepas dielisitasi oleh pelbagai agen biotik dan abiotik. Faseolin merupakan sejenis fitoalexin yang dihasilkan oleh kacang buncis. Fitoalexin diekstrak daripada kotiledon dan biji benih kacang buncis tanpa kotiledon yang dielisitasi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20241/1/Akumulasi%20faseolin%20pada%20kotiledon.pdf |
Summary: | Fitoalexin merupakan bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan hanya selepas dielisitasi
oleh pelbagai agen biotik dan abiotik. Faseolin merupakan sejenis fitoalexin yang
dihasilkan oleh kacang buncis. Fitoalexin diekstrak daripada kotiledon dan biji benih
kacang buncis tanpa kotiledon yang dielisitasi dengan radiasi UV. Tempoh masa
elisitasi radiasi UV ini adalah selama 10,20 dan 30 mint. Ekstraksi dilakukan
menggunakan metanol 100 %. Pelet yang tertinggal diekstrak semula dengan
menggunakan metanol 100 % dan diruapkan menggunakan evaporator. Faseolin
dikenalpasti melalui jalur bewarna biru muda pada plat TLC dan mempunyai nilai Rf
0.58. Zon jalur tersebutd ikikis dan faseolin dilarutkan denganm enggunakanm etanol
100%. Kepekatan faseolin ditentukan dengan menggunakan UV spektrofotometer
pada panjang gelombang 280 nm. Didapati faseolin hanya disintesis pada kotiledon
yang dielisitasi selama 10,20 dan 30 mint sahaja dan tidak disintesis pada biji benih
tanpak otiledon padak esemuate mpohm asae lisitasi. Perbandingan kepekatan faseolin
antara tempoh masa elisitasi menunjukkan kepekatan faseolin meningkat dengan
pertambahan masa radiasi UV tetapi turun semula jika menerima radiasi UV yang
berlebihan. Kajian menunjukkan terdapat korelasi positif yang menunjukkan
hubungkait antara masa elisitasi radiasi UV dengan sintesis faseolin. |
---|