Summary: | Madu merupakan satu produk semulajadi yang mengandungi karbohidrat dan air.
Penggunaan madu telah lama digunakan sejak zaman dahulu lagi dalam makanan,
perubatan, kecantikan dan sebagainya Faktor- faktor demografi yang dikaji dalam kajian
ini ialah umur, jantina., taraf pendidikan, bangsa, agama, pendapatan isi rumah, tempat
tinggal, dan tanggungan. Responden merangkumi penduduk Api-Api, kakitangan bukan
akademik dan pelajar Universiti Malaysia Sabah, penduduk Kingfisher dan guru-guru di
Likas. Ujian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian kebolehpercayaan, ujian korelasi
dan analisis varians (ANOV A) empat hala Keputusan menunjukkan bahawa, terdapatnya
perkaitan antara pembolehubah yang dikaji.
|