Inventori kepelbagaian rama-rama di Taman Bukit Tawau

Kajian mengenai inventori kepelbagaian rama-rama makro telah dijalankan di Taman Bukit Tawau, dengan memilih tiga stesen kajian iaitu Kolam Air Panas, Asrama 10.5km dan Substesen Balong. Objektif utama kajian ini adalah (1) menyediakan senarai semak spesies rama-rama makro yang tedapat di Taman B...

Fuld beskrivelse

Bibliografiske detaljer
Hovedforfatter: Nor Zariah Baba
Format: Academic Exercise
Sprog:English
Udgivet: 2008
Fag:
Online adgang:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20449/1/Inventori%20kepelbagaian%20rama-rama.pdf
Beskrivelse
Summary:Kajian mengenai inventori kepelbagaian rama-rama makro telah dijalankan di Taman Bukit Tawau, dengan memilih tiga stesen kajian iaitu Kolam Air Panas, Asrama 10.5km dan Substesen Balong. Objektif utama kajian ini adalah (1) menyediakan senarai semak spesies rama-rama makro yang tedapat di Taman Bukit Tawau dan (2) membandingkan kepelbagaian rama-rama makro yang terdapat di ketiga-tiga stesen kajian terpilih di Taman Bukit Tawau. Kaedah perangkap cahaya telah digunakan dalam kajian ini dengan 36 jam persampelan berkesan (12jam/malam x 3malam) bagi setiap stesen kajian yang terpilih. Dari hasil tangkapan di keseluruhan stesen kajian, sejumlah 486 individu dengan 217 spesies rama-rama dari 15 famili telah berjaya ditangkap. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener pula menunjukkan nilai kepelbagaian yang tinggi di ketiga-tiga kawasan, Stesen Kolam Air Panas (H'= 4.19 1), Stesen Asrama 10.5km (H'= 4.5870), dan Substesen Balong (H'= 4.01). Walau bagaimanapun tiada perbezaan yang signifikan diperolehi dari perbandingan ketiga-tiga kawasan kajian (p>0.05).