Summary: | Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan bahan pembungkusan yang sesuai untuk
proses penyimpanan lepas tuai ke atas cili padi (Capsicumjrutescens). Dalam kajian
ini cili padi (Capsicum jrutescens) yang telah matang diberikan rawatan
pembungkusan yang berbeza iaitu pembungkusan menggunakan suratkhabar, plastik
polivinil klorida (PVC), polietilena berlubang dan polietilena tidak berlubang dan
disimpan di dalam bilik sejuk selama 20 hari tempoh penyimpanan. Satu sampel cili
padi yang tidak diberikan rawatan pembungkusan juga disimpan dalam bilik sejuk.
Kualiti cili padi akan diuji berdasarkan peratusan kehilangan beratnya, nilai pH,
peratus kehilangan kelembapan, perubahan wama kulit dan kesan perlubangan bahan
pembungkusan selang dua bari penyimpanan. Keputusan kajian menunjukkan rawatan
pembungkusan menggunakan polietilena tidak berlubang memberikan nilai minimum
1.02% untuk peratus kehilangan herat, 5.42 untuk nilai pH, 26.60% untuk peratus
kehilangan kelembapan dan mempunyai nilai bacaan yang rendah untuk perbezaan
antara polietilena berlubang dan polietilena tidak berlubang. Keputusan ini
menunjukkan kesan positif proses pembungkusan kerana terbukti dapat
mengurangkan proses kehilangan berat, mengurangkan proses kehilangan kelembapan
dan mengekalkan rupa yang lebih elok dan berkualiti daripada rawatan yang lain.
Kesimpulannya, cili padi lebih sesuai dibungkus dengan plastik polietilena yang tidak
dilubangkan kerana plastik ini dapat mengekalkan kualitinya lebih baik berbanding
dengan cili padi yang dibungkus dengan suratkhabar, plastik polivinil klorida (PVC)
dan plastik polietilena berlubang.
|