Pengesanan dormansi beberapa varieti padi unggul yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Sabah
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji samada varieti-varieti padi baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Sabah mempunyai dormansi atau tidak. Sampel 6 varieti padi diambil dari Jabatan Pertanian Sabah dan ditanam dalam pasu di Makmal Luar Sekolah Pertanian Lestari untuk mendapatkan sumber be...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20460/1/Pengesanan%20dormansi%20beberapa%20varieti.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji samada varieti-varieti padi baru yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pertanian Sabah mempunyai dormansi atau tidak. Sampel 6 varieti padi
diambil dari Jabatan Pertanian Sabah dan ditanam dalam pasu di Makmal Luar Sekolah
Pertanian Lestari untuk mendapatkan sumber benih dengan kematangan 90% barulah
dituai. Ujian dormansi dilakukan ke atas biji benih padi yang baru dituai. Ujian dormansi
dilakukan selama dua minggu dan pemerhatian diambil pada hari ke-3,5,7 dan 14 hari
selepas tuai. Peratus percambahan setiap varieti dan analisis ANOVA yang dijalankan
menunjukkan terdapat variasi ketara peratus percambahan diantara varieti yang dikaji. Data
menunjukkan bahawa kebanyakan biji benih yang baru dituai mempunyai dormansi kecuali
varied TR 7 yang tiada dormansi dan mencatatkan peratus percambahan tertinggi iaitu
84.33% masing-masing diikuti oleh varieti padi IR72 (62.00%); MR 159 (48.33%); IR 54
(35.00%); TQR-2 ( 26.67%) dan TQR-1 (22.33%) dalam masa 14 hari selepas dituai. |
---|