Kesan suhu ke atas kandungan sukrosa dalam beberapa varieti pisang
Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji kesan suhu ke atas kandungan sukrosa di dalam buah pisang yang matang dan mengukur kandungan sukrosa di dalam beberapa varieti pisang. Tiga jenis varieti pisang berbeza telah dipilih sebagai bahan kajian ini iaitu Pisang Berangan, Pisang Keling...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20470/1/Kesan%20suhu%20ke%20atas%20kandungan.pdf |
Summary: | Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji kesan suhu ke atas kandungan sukrosa
di dalam buah pisang yang matang dan mengukur kandungan sukrosa di dalam beberapa
varieti pisang. Tiga jenis varieti pisang berbeza telah dipilih sebagai bahan kajian ini iaitu
Pisang Berangan, Pisang Keling dan Pisang Emas. Ketiga-tiga pisang ini telah ditempatkan
di dalam bilik pada dua suhu yang berbeza iaitu suhu bilik sejuk dan suhu makmal.
Pengukuran bagi mengetahui bacaan kandungan sukrosa yang terdapat di dalam ketiga-tiga
jenis buah pisang dibuat setiap dua han selama 14 hari. Keputusan kajian menunjukkan
terdapat hubungan di antara suhu dan kandungan sukrosa yang terdapat di dalam pisang
yang menunjukkan bahawa suhu mempengaruhi kadar pcmbentukan sukrosa di dalam buah
pisang. Manakala bagi kandungan peratusan sukrosa yang tertinggi dicapai oleh setiap
varieti pisang sepanjang peranuman adalah, 47.01% bagi Pisang Keling, 57.01 % dalam
Pisang Berangan dan 59.21 % di dalam Pisang Emas. Penyimpanan di dalam makmal juga
dikenalpasti sebagai simpanan terbaik bagi mendapatkan peratusan kandungan sukrosa
yang tinggi bagi semua varieti. Terdapat juga korelasi positif di antara indeks peranuman
buah dan peratusan kandungan sukrosa yang terkandung di dalam buah. |
---|