Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh

Tujuan kajian ini adalah untuk mengira dan mentafsir aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui pengiraan cfu (colony forming unit), menilai aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui berapa lama tempoh masa pemakaian kanta sentuh, dan mengenalpasti agen kontaminasi (mikrobi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Salehah Abu Nor
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20476/1/Mentafsir%20kehadiran%20mikrobial%20pada%20kanta%20sentuh.pdf
_version_ 1825713520541433856
author Salehah Abu Nor
author_facet Salehah Abu Nor
author_sort Salehah Abu Nor
collection UMS
description Tujuan kajian ini adalah untuk mengira dan mentafsir aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui pengiraan cfu (colony forming unit), menilai aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui berapa lama tempoh masa pemakaian kanta sentuh, dan mengenalpasti agen kontaminasi (mikrobial) yang utama pada kanta sentuh. Kaedah kajian ini dimulakan dengan mengedarkan soalan kaji selidik yang mengandungi 12 soalan berkaitan pemakaian kanta sentuh, kepada responden yang memakai kanta sentuh. Seramai 16 orang responden yang sukarela untuk kajian ini iaitu 14 orang perempuan dan dua orang lelaki yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah. Sampel kanta sentuh yang diperolehi dimasukkan ke dalam 2ml larutan penimbal fosfat bergaram (PBS) pH 7.2 dan disimpan pada suhu 4°C sebelum analisis terperinci dijalankan. Sebanyak 71 sampel yang mengandungi kanta mata sebelah kiri dan juga kanta mata sebelah kanan diperolehi daripada responden, dianalisa menggunakan kaedah pengkulturan bakteria dari kanta dimana medium pengkulturan yang digunakan ialah agar nutrient dan Tryptic Soy Agar (TSA). Setiap eksperimen diulang sebanyak tiga kali. Tujuan pemakaian kanta sentuh dikalangan responden ialah kerana rabun jauh, kosmetik, bersukan, keselesaan dan rabun dekat. Analisa statistik Chi-square menunjukkan terdapat perbezaan bererti pada nilai cfu mengikut jenis sampel kanta sentuh di mana analisa statistik Chi-square memberikan p=0.000 (p<0.05). Manakala nilai p=0.000 (p<0.05) bagi analisa nilai cfu dengan tempoh pemakaian kanta sentuh. Ini menunjukkan bahawa kadar kontaminasi bergantung kepada jenis jenis kanta dan juga tempoh pemakaian kanta sentuh. Bakteria yang dipencilkan dalam kajian ini kemudian dianalisis dengan mikroskop dan pewarnaan Gram. Daripada analisa ini, 44.23% adalah bakteria berwarna putih kekuningan dan merupakan bakteria Gram negatif, dan 32.7% adalah bakteria Gram negatif juga dengan morfologi putih serta licin. Kedua-dua kontaminan yang utama ini kemudian di identifikasikan dengan menggunakan BIOLOG. Keputusan menunjukkan bahawa kontaminan utama adalah Vibrio fluvialis dan Aeromonas encheleia di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah
first_indexed 2024-03-06T02:57:52Z
format Academic Exercise
id ums.eprints-20476
institution Universiti Malaysia Sabah
language English
last_indexed 2024-03-06T02:57:52Z
publishDate 2008
record_format dspace
spelling ums.eprints-204762018-07-12T07:43:41Z https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20476/ Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh Salehah Abu Nor QR Microbiology Tujuan kajian ini adalah untuk mengira dan mentafsir aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui pengiraan cfu (colony forming unit), menilai aras pengkolonian mikrobial pada kanta sentuh melalui berapa lama tempoh masa pemakaian kanta sentuh, dan mengenalpasti agen kontaminasi (mikrobial) yang utama pada kanta sentuh. Kaedah kajian ini dimulakan dengan mengedarkan soalan kaji selidik yang mengandungi 12 soalan berkaitan pemakaian kanta sentuh, kepada responden yang memakai kanta sentuh. Seramai 16 orang responden yang sukarela untuk kajian ini iaitu 14 orang perempuan dan dua orang lelaki yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah. Sampel kanta sentuh yang diperolehi dimasukkan ke dalam 2ml larutan penimbal fosfat bergaram (PBS) pH 7.2 dan disimpan pada suhu 4°C sebelum analisis terperinci dijalankan. Sebanyak 71 sampel yang mengandungi kanta mata sebelah kiri dan juga kanta mata sebelah kanan diperolehi daripada responden, dianalisa menggunakan kaedah pengkulturan bakteria dari kanta dimana medium pengkulturan yang digunakan ialah agar nutrient dan Tryptic Soy Agar (TSA). Setiap eksperimen diulang sebanyak tiga kali. Tujuan pemakaian kanta sentuh dikalangan responden ialah kerana rabun jauh, kosmetik, bersukan, keselesaan dan rabun dekat. Analisa statistik Chi-square menunjukkan terdapat perbezaan bererti pada nilai cfu mengikut jenis sampel kanta sentuh di mana analisa statistik Chi-square memberikan p=0.000 (p<0.05). Manakala nilai p=0.000 (p<0.05) bagi analisa nilai cfu dengan tempoh pemakaian kanta sentuh. Ini menunjukkan bahawa kadar kontaminasi bergantung kepada jenis jenis kanta dan juga tempoh pemakaian kanta sentuh. Bakteria yang dipencilkan dalam kajian ini kemudian dianalisis dengan mikroskop dan pewarnaan Gram. Daripada analisa ini, 44.23% adalah bakteria berwarna putih kekuningan dan merupakan bakteria Gram negatif, dan 32.7% adalah bakteria Gram negatif juga dengan morfologi putih serta licin. Kedua-dua kontaminan yang utama ini kemudian di identifikasikan dengan menggunakan BIOLOG. Keputusan menunjukkan bahawa kontaminan utama adalah Vibrio fluvialis dan Aeromonas encheleia di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah 2008 Academic Exercise NonPeerReviewed text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20476/1/Mentafsir%20kehadiran%20mikrobial%20pada%20kanta%20sentuh.pdf Salehah Abu Nor (2008) Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
spellingShingle QR Microbiology
Salehah Abu Nor
Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh
title Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh
title_full Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh
title_fullStr Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh
title_full_unstemmed Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh
title_short Mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh
title_sort mentafsir kehadiran mikrobial pada kanta sentuh
topic QR Microbiology
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20476/1/Mentafsir%20kehadiran%20mikrobial%20pada%20kanta%20sentuh.pdf
work_keys_str_mv AT salehahabunor mentafsirkehadiranmikrobialpadakantasentuh