Summary: | Paphiopedilum rothschildianum merupakan spesis orkid yang hanya terdapat di Sabah
dan kini di bawah jagaan Taman Kinabalu. Teknik kultur tisu boleh digunakan untuk
mikropropagasi orkid bagi spesis ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengkaji kesan aditif kompleks dan hormon BAP terhadap perkembangan P.
rothschildianum. Eksplan bagi spesis ini dikultur pada media RE. Terdapat dua jenis
aditif kompleks yang digunakan iaitu air kelapa dan pepton pada kepekatan yang
berbeza. Penambahan air kelapa dan pepton ke dalam medium adalah mengikut
kepekatan yang berbeza dan juga secara kombinasi. Kepekatan hormon BAP (3 mgrl
dan 7 mgl⁻¹di tambah pada dua media yang berasingan. Media pertama ditambah
dengan 10% (v/v) air kelapa dan 2gl⁻¹ pepton dan media yang kedua mengandungi
hanya 15% (v/v) air kelapa. HasH kajian selepas 30 menunjukkan kepekatan air kelapa
pada 15% (v/v) telah menunjukkan kesan yang positif dengan memberi nilai min
peratusan fasa kelima yang tertinggi iaitu 5.00±5.48. Kajian menggunakan pepton
selepas 30 hari. menunjukkan kepekatan pepton pada 0.15% (w/v) mempunyai nilai
min peratusan yang tinggi iaitu 39.28±17.98. Kesan hormon BAP dilihat pada
perkembangan panjang daunt ukuran daun diambil pada hari yang ke 60. Dalam media
yang mengandungi 10% (v/v) air kelapa dan pepton 2 gl⁻¹ nilai min perbezaan
panjang daun adalah sarna dengan 0.06±0.02 manakala min beza panjang daun bagi
media yang ditambah dengan BAP 3 mgrl adalah 0.13±0.09. Manakala, dalam media
yang mengandungi 15% (v/v) air kelapa nilai min beza panjang daun adalah
0.06±0.02. Apabila media sarna ditambah dengan BAP sebanyak 3 mgl⁻¹ dan 7 mgl⁻¹
nilai min adalah 0.11±0.07 dan 0.12±0.09. Kesan kombinasi 10% (v/v) air kelapa, 2 gl⁻¹pepton dan BAP 7 mgl⁻¹ tidak memberikan kesan yang baik terhadap eksplan.
Kesimpulannya bahawa dengan penambahan hormon BAP, penggunaan aditif
kompleks sahaja tidak mencukupi untuk mengaruh perkembangan protokom P.
rothschildianum secara in vitro.
|