Summary: | Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji tempoh penuaian yang optima bagi
mengekalkan kualiti pemakanan jagung Manis hibrid dari segi kandungan gula serta
kekerasan biji kernel jagung Manis hibrid. Kajian ini mengkaji samada empat tempoh
penuaian yang berbeza iaitu hari penuaian ke-53,55, 58 dan 60 mempunyai perbezaan
yang bererti terhadap kandungan gula dan kekerasan biji kernel jagung Manis hibrid.
Tapak kawasan kajian adalah di kampung Baru Salaud di daerah Tuaran Sabah.
Penanaman jagung ManiS hibrid bermula pada 27 November 2007 dan jagung Manis
hidrid mula dituai bennula 18 Januari 2008. Sepanjang tempoh pertumbuhan, bacaan
bagi ketinggian pokok dan bilangan daun per pokok di ambil selepas 7, 14,20 dan 50
hari selepas penanaman. Sebaik sahaja jagung Manis hibrid dituai mengikut tempoh
penuaian yang telah ditetapkan, anal isis data telah dilakukan di Makrnal Teknologi
Turnbuhan, Universiti Malaysia Sabah. Berdasarkan keputusan yang diperolehi,
kandungan gula dalam biji kernel jagung manis hibrid adalah menurun pada setiap
tempoh penuaian yang dilakukan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa masa
penuaian optimwn adalah pada hari ke-53 penuaian dengan kandungan gula adalah
9.3% Brix dan kekerasan adalah 378.3350N.
|