Summary: | Kajian terhadap sebelas sampel rumpai iaitu Axonopus compressus, Lipocarpha
chinensis, Mikania micrantha, Passflora foetida, Chloris barbata, Eleusine indica,
Mimosa invisa (berduri dan tak berduri), Chrysopogon aciculatus, Paspalum conjugatum,
dan Imperata cylindrica dijalankan untuk melihat aktiviti biologi (antibakteria dan
antikanser) serta fitokimia (alkaloid, saponin dan antrakuinon) pada spesies-spesies
tersebut. Persampelan dilakukan di sekitar kawasan Membakut dan Sepanggar, Sabah.
Sampel diekstrak dengan menggunakan 100% (v/v) metanol dengan nisbah 1: 6.
Penyaringan antibakteria dijalankan ke atas lima jenis bakteria iaitu Escherichia coli,
Staphylococcus aureus, Enterobacter aerogenes, Salmonella typhi dan Streptococcus
pneumoniae. Manakala dalam penyaringan antikanser, dua strain yis mutan yang
berlainan digunakan iaitu MKK1P386 dan MKK1P386-MSG5 untuk mencari spesies yang
berpotensi sebagai perencat tapak laluan MKKI dan tapak laluan MSG5. Hasil kajian
menunjukkan bahawa S. aureus direncat oleh M. micrantha (15±0.5mm), L. chinensis
(810.5mm), dan C. aciculatus (8f0.5mm) manakala E. aerogenes direncat oleh
M. micrantha (12f0.5mm), M. invisa -duri (9±0.5mm), L. chinensis (7±0.5mm) dan
P. foetida (6±0.5mm). Pertumbuhan S. pneumoniae pula direncat oleh M. micrantha
(11f0.5mm) dan L. chinensis (8±0.5mm). Namun begitu, kesemua ekstrak sampel tidak
berjaya merencat E. coli dan S. typhi. Dalam penyaringan antikanser, hanya
A. compressus (8±0.5mm) merencat laluan MKK1 manakala tiada sampel yang dapat
merencat laluan MSG5. Ujian lanjut ke atas spesies M. micrantha dengan mengekstrak
melalui pemisahan cecair-cecair menunjukkan bahawa yis mutan MKK1P386 direncat oleh
ekstrak metanol spesies ini (10f0.5mm) pada kepekatan 10 mg/ml manakala tiada aktiviti
dalam ekstrak heksana. Dalam ujian fitokimia, alkaloid hadir pada semua ekstrak dalam
kepekatan yang berbeza manakala saponin hadir dengan nyata dalam ekstrak P. foetida
dan M. invisa (duri). Kehadiran antrakuinon pula tidak dikesan dalam semua ekstrak
sampel.
|