Summary: | Kajian ini merupakan kajian morfologi terhadap bahan yang mempunyai simetri tinggi.
Tiga bahan simetri tinggi yang dikaji iaitu, Natrium Klorida (NaCl), Kromium (Cr) dan
Ferum (Fe). Dalam kajian ini Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM) digunakan untuk
melihat struktur permukaan Natrium Klorida, Kromium dan Ferum. Melalui kaedah ini
sampel disaluti dengan emas atau platinum untuk mendapatkan kekonduksian bahan yang
sebenar tanpa campuran bendasing. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengecaman
bentuk permukaan bahan. Struktur permukaan yang diperolehi adalah langkah awal untuk
menjalankan kajian-kajian seterusnya. Pemerhatian dilakukan pada permukaan Natrium
Klorida, Kromium dan Ferum dengan meneliti ciri-ciri seperti susunan, taburan, saiz,
permukaan, dan bentuk setiap unit yang terkandung dalam ketiga-tiga bahan ini. Struktur
permukaan Natrium Klorida, Kromium dan Ferum adalah mudah untuk dispesifikasikan.
Natrium Klorida (NaCl), mempunyai permukaan yang lebih tersusun dan mempunyai
permukaan yang rata, ini adalah kerana jumlah daripada jadual berkala, nombor atom
NaCI ialah 28, yang bermaksud petala terluar mempunyai bilangan elektron yang lengkap
(2.8.18). Manakala Kromium pula mempunyai permukaan yang kasar dan kurang rata,
berikutan dengan nombor atom bagi Kromium iaitu 24, yang menyebabkan bilangan
elektron di petala luar yang tidak lengkap iaitu (2.8.14). Ferum mempunyai permukaan
yang kasar, tidak rata dan bercelah, ini adalah kerana ia mempunyai bilangan elektron di
petala luar yang tidak lengkap (2.8.16), berdasarkan kepada nombor atom iaitu 26.
|