Summary: | Kajian Ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kesan pembelajaran berasaskan fasa Van Hiele menggunakan tangram ke atas tahap pemikiran geometri murid-murid sekolah rendah Tahun liga pad a tahap pertama (visual) dan tahap kedua (analisis). Kajian lanjut menyiasat samada murid yang berkebolehan tinggi, sederhana dan rendah memperoleh penguasaan yang lebih baik dalam pemikiran geometri pada akhir aktiviti tangram. Dalam kajian ini, reka bentuk eksperimen ujian pra dan ujian pasca kumpuan tunggal dijalankan. Seramai 221 orang murid daripada Tahun liga semasa tahun 2013 dijadikan sebagai sampel. Murid-murid ini mempelajari Geometri dua dimensi dan Simetri melalui pembelajaran berasaskan fasa Van Hiele menggunakan
tangram. Satu ujian pemikiran geometrl dijalankan ke atas murid sebelum dan selepas intervensi. Intervensi tersebut mengambil masa selama 3 jam. Ujian-t sampel berpasangan membandingkan skor purata antara ujian pra dan ujian pasca pemikiran geometrik dikira untuk mengenal pasti jika terdapat perbezaan yang signifikan. Oneway Multivariate Analysis of Varience (MANOVA) dijalankan untuk membandingkan skor purata ujian pra dan ujian pasca murid di antara tiga kumpulan; murid berkebolehan tinggl, sederhana dan rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca bagi pemikiran geometrl murid. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan 5 fasa Van Hiele menggunakan tangram dapat meningkatkan secara signifikan dalam pemikiran geometri bagi tahap pertama (visual) dan tahap kedua (analisis) Van Hiele dalam kalangan murid berkebolehan tinggi, sederhana dan
rendah. Murid berkebolehan rendah dilihat mempunyai peningkatan lebih tinggl berbanding muid berkebolehan sederhana dan tinggi. Oleh itu, pembelajaran berasaskan 5 fasa Van Hiele menggunakan tangram boleh diaplikasikan dalam
matematik sekolah rendah untuk membantu murid mencapai tahap pemikiran
geometri yang lebih baik.
|