Stres, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai polis dan pegawai imigresen di bandaraya Kota Kinabalu Sabah.
Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai polis dan pegawai imigresen di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Secara khususnya, kajian ini dilakukan bagi menjawab beberapa objektif khusus yang t...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Research Report |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23836/1/Stres%20kepuasan%20kerja%20dan%20komitmen%20terhadap%20organisasi%20dalam%20kalangan%20pegawai%20polis%20dan%20pegawai%20imigresen%20di%20bandaraya%20Kota%20Kinabalu%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23836/7/Stres%20kepuasan%20kerja%20dan%20komitmen%20terhadap%20organisasi%20dalam%20kalang.pdf |
Summary: | Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pegawai polis dan pegawai imigresen di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Secara khususnya, kajian ini dilakukan bagi menjawab beberapa objektif khusus yang telah digariskan iaitu 1) menentukan hubungan antara sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan pegawai polis dan imigresen, 2) menentukan perbezaan sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitrnen organisasi antara pegawai penguatkuasa yang
terlibat dalam operasi membanteras pendatang asing dan bahagian pentadbiran, 3) mengenal pasti perbezaan sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitrnen organisasi berdasarkan jantina, status perkahwinan dan etnik. Data yang telah dikutip telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif yang melaporkan profil demografi
responden. Bagi menentukan hubungan antara pembolehubah, analisis korelasi Pearson
digunakan. Sementara, ujian-t sampel bebas digunakan bagi mengenal pasti perbezaan
sumber stres, strategi daya tindak, kepuasan kerja dan komitrnen organisasi berdasarkan
jantina dan status perkahwinan. Akhir sekali, ujian ANOVA Sehala Sampel Bebas digunakan
bagi menguji perbezaan stres, kepuasan kerja, strategi daya tindak dan komitrnen
organisasi berdasarkan etnik. Kesemua ujian statistik telah dianalisis dengan menggunakan
program SPSS for Windows versi 17.0. Seramai 163 pegawai polis dan imigresen telah
dijadikan sebagai subjek kajian. Instrumen yang digunakan merupakan satu set soal selidik
yang merangkumi bahagian profil demografi, Indikator Stres Pekerjaan (ISP), Job
Descriptive Index (JOI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). HasH kajian
menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sumber stres dan strategi
daya tindak; hubungan positif yang signifikan antara strategi daya tindak dan komitrnen
organisasi; hubungan positif yang signifikan antara kepuasan kerja keseluruhan dan
komitmen terhadap organisasi. Selain itu, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan bagi sumber stres antara kakitangan yang bekerja di bahagian pentadbiran dan
kakitangan yang bekerja di bahagian penguatkuasa. Kajian turut mendapati wujud
perbezaan kepuasan kerja keseluruhan antara kakitangan di bahagian pentadbiran dan
penguatkuasa. Selain itu, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
komitmen organisasi pekerja yang telah berkahwin dan belum berkahwin. Akhir sekali,
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi strategi daya tindak mengikut
etnik. Didapati min strategi daya tindak etnik Melayu Brunei lebih tinggi dicatat berbanding
etnik Bajau. |
---|