Summary: | Kajian awal ini telah dijalankan di sekitar Kota Kinabalu di kalangan 80 orang belia untuk melihat hubungan antara persepsi terhadap imej badan ideal dengan sikap terhadap keperluan pemakanan dan juga dengan simptom-simptom kesihatan kecelaruan pemakanan, serta hubungan antara sikap terhadap keperluan pemakanan dengan simptom-simptom kesihatan kecelaruan pemakanan. Perbandingan skor min dilakukan di antara tahap usia, etnik, status pekerjaan, jantina dan juga BMI (body
mass index). Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini dan' direkaoleh pengkaji sendiri yang terdiri daripada lima bahagian iaitu, maklumat sosio-demografik subjek, maklumat kekerapan pengambilan makanan, persepsi terhadap imej badan ideal, sikap terhadap keperluan pemakanan, dan simptom kesihatan kecelaruan pemakanan.
|