Keberkesanan ubat cacing terhadap serangan Endoparasit dalam kambing

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan dua jenis antelmintik terhadap serangan endoparasit dalam temakan kambing. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Albendazol dan Ivermektin terhadap kawalan populasi endoparasit di dalam ternakan kambing. Kedua-dua ubat cacing ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norsyhirah Osman
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23996/1/Keberkesanan%20ubat%20cacing%20terhadap%20serangan%20Endoparasit%20dalam%20kambing.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan dua jenis antelmintik terhadap serangan endoparasit dalam temakan kambing. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Albendazol dan Ivermektin terhadap kawalan populasi endoparasit di dalam ternakan kambing. Kedua-dua ubat cacing ini diberikan mengikut berat badan kambing secara individu. 0.2 mg per kg Ivermektin diberikan kepada kambing melalui suntikan manakala 20 mg per kg diberikan kepada kambing melalui oral. Kiraan telur cacing mula diambil seminggu sebelum rawatan diberikan. Kajian ini dijalankan di ladang dan makmal Fakulti Pertanian Lestari. Sebanyak 10 ekor kambing kacukan Boer dan 10 ekor kamblng Katjang betina digunakan dan diberi 2 jenis rawatan. Kajian telah berjalan selama 9 minggu. Data dikumpul setiap 7 hari bagl melihat populasi encloparasit dalam kambing. Terdapat perbezaan bererti terhadap kawalan populasi endoparasit selepas pemberian Ivermektin dalam kambing (p < 0.05). Pemberian Albendazol untuk menangani jangkitan endoparasit tidak menunjukkan perbezaan berertl (p > 0.05). Kesimpulannya, kedua-dua jenis ubat cacing boleh digunakan untuk mengawal populasi endoparasit dalam kambing. Walau bagaimanapun, satu kajian jangka panjang perlu dijalankan untuk memastikan jadual pemberian ubat cacing yang berkesan dapat dihasilkan.