Summary: | Penanaman bawang merah tidak ramai diusahakan oleh petani-petani di Malaysia disebabkan oleh dua faktor iaitu cuaca dan medium yang kurang sesuai. Selain itu, pokok bawang merah juga menghasilkan daun bawang yang sihat dan subur tetapi bahagian umbinya kecil serta permintaan bawang merah juga meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepekatan dan masa aplikasi hormon paklobutrazol (PBZ) yang berbeza terhadap pertumbuhan dan hasil bawang merah (Allium cepa. L). Eksperimen ini dijalankan di tempat perlindungan kalis serangga Fakulti Pertanian Lestari, UMS. Kajian ini juga merangkumi 12 rawatan termasuk rawatan kawalan tanpa campuran, pada kadar rawatan aplikasi PBZ yang berbeza iaitu 0, 10, 20 dan 30 ppm. Data mengenai pertumbuhan vegetatif iaitu bilangan daun dan pucuk daun A. cepa telah dicatatkan dari bulan pertama sehinggalah bulan ketiga selepas pengaplikasian PBZ pada kadar yang berbeza. Reka bentuk eksperimen adadah Rekabentuk Faktorial Rawak Lengkap (CRD) dengan empat replikasi bagi setiap perlakuan. Keputusan dianalisis dengan menggunakan "General Linear Modal Anova" dan cara-cara nilai purata perlakuan dibandingkan dengan menggunakan ujian Tukey pada aras signifikasi 5%. Dalam kajian ini, PBZ memberi kesan yang terbaik terhadap penghasilan bawang iaitu pada kepekatan 10 ppm dan diaplikasi pada hari ke-60 dengan purata yang tertinggi iaitu 133.88 dan berat basah umbi iaitu 63.31. Walaubagaimanapun, kandungan klorofil dan Nitrogen tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam kajian ini. Oleh yang demikian, mengenalpasti masa aplikasi dan kadar konsentrasi yang sesuai haruslah dikaji pada masa hadapan dan medium tanah yang digunakan juga perlu dikaji yang mana memberi impak yang positif terhadap pertumbuhan umbi bawang merah.
|