Summary: | Kaedah Sistem Intensifikasi Padi (SRI) adalah satu sistem anak benih padi tunggal ditanam secara tersusun telah dibuktikan boleh meningkatkan hasil padi. Tetapi kaedah menanam secara manual sangat membantut perkembangannya untuk kaedah dipraktikkan di Malaysia. Oleh itu, kajian menanam anak benih tunggal secara berjentera amat diperlukan. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat prestasi tumbesaran anak benih padi yang akarnya tidak terganggu dengan menggunakan teknik penyediaan media dan reka bentuk dulang semaiaan yang diubahsuai. Matlamat kajian ini adalah untuk membuat satu reka bentuk dulang semaian yang membolehkan tikar anak benih padi nanti dapat digunakan oleh jentanam konvensional. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menilai media tanah yang sesuai untuk semaian anak benih. Ada tiga jenis media yang digunakan dalam penyelidikan ini untuk membolehkan akar bagi anak benih tunggal tidak terurai semasa diletakkan di jentanam. Kajian ini dijalankan di plot tanaman padi Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah. Tempoh kajian adalah selama 5 bulan dengan menggunakan reka bentuk eksperimen rekabentuk rawak lengkap (CRD). Untuk kajian ini terdapat 3 jenis media semaian iaitu, biochar, kompos dan campuran biochar dan kompos. Bagi jarak semaian, terdapat juga 3 jarak semaian iaitu, 15mmX20mm, 20mmX20mm dan 25mmX20mm. Selepas kajian dibuat di peringkat, didapati bahawa padi yang mempunyai media boichar dan jarak 20mmX20mm mempunyai pertumbuhan yang baik dan dapat disesuaikan dengan mesin jentanam yang sedia ada. Medium ini terpilih untuk dipindahkan ke sawah. Setelah dipindahkan ke sawah, pembandingan dilakukan bagi sistem SRI (Sistem intensifikasi padi) dengan cara konventional. Namun, tidak terdapat perbezaan bereti bagi kedua sistem ini.
|