Kajian penentu tren pengurusan sistem tagal di daerah Ranau

Kajian bertajuk Kajian Penentu Tren Pengurusan Sistem Taga/ Di Daerah Ranau, Sabah. Matlamat kajian ini ialah mengkaji penentu tren pengurusan sistem Tagal di daerah Ranau, Sabah. Bagi mencapai matlamat tersebut, tiga objektif telah dibentuk, iaitu (i) mengenalpasti tren pengurusan sistem Tagal yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kadir Jaafar, Harifah Mohd Noor, Jurry Foo
Format: Research Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24718/1/Kajian%20penentu%20tren%20pengurusan%20sistem%20tagal%20di%20daerah%20Ranau.pdf
Description
Summary:Kajian bertajuk Kajian Penentu Tren Pengurusan Sistem Taga/ Di Daerah Ranau, Sabah. Matlamat kajian ini ialah mengkaji penentu tren pengurusan sistem Tagal di daerah Ranau, Sabah. Bagi mencapai matlamat tersebut, tiga objektif telah dibentuk, iaitu (i) mengenalpasti tren pengurusan sistem Tagal yang dijalankan di kawasan kajian, (ii) mengenal pasti persekitaran fizikal kawasan kajian dan persekitaran sosial kawasan kajian, dan (iii) menganalisis faktor yang mempengaruhi pengurusan sistem Tagal di kawasan kajian. Kawasan kajian adalah meliputi Kg. Luanti Baru, Kg. Pinawantai dan Kg. Kinarasan. Ranau dipilih sebagai kawasan kajian kerana pencapaiannya dalam pelaksanaan sistem tersebut. Kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, temubual, pemerhatian ikut serta dan kajian pustaka. Manakala data yang diperolehi dianalisi menggunakan Principal Component Analisis (PCA) dan analisis SWOT. Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi tren pengurusan sistem Tagal di kawasan kajian, iaitu sosio-ekonomi, kesejahteraan, komitmen dan konservasi. Manakala sembilan cadangan telah dikemukakan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem tersebut yang diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.