Tipografi Papan Iklan: Satu Elemen Komunikasi Visual

Apabila memperkatakan topik tipografi, sudah tentu perbincangan merujuk kepada tulisan atau jenis huruf. Tipografi merupakan salah satu elemen komunikasi selain visual atau gambar. Komunikasi visual menjadi lebih berkesan apabila pereka iklan memilih tipografi yang jelas dan mudah dibaca. Papan ikla...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Asia binti Lawang, Humin Jusilin
Format: Article
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25265/1/Tipografi%20Papan%20Iklan%20Satu%20Elemen%20Komunikasi%20Visual.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25265/7/Tipografi%20Papan%20Iklan%20Satu%20Elemen%20Komunikasi%20Visual1.pdf
Description
Summary:Apabila memperkatakan topik tipografi, sudah tentu perbincangan merujuk kepada tulisan atau jenis huruf. Tipografi merupakan salah satu elemen komunikasi selain visual atau gambar. Komunikasi visual menjadi lebih berkesan apabila pereka iklan memilih tipografi yang jelas dan mudah dibaca. Papan iklan merupakan medium iklan yang diperaga dan digunakan oleh sesebuah syarikat untuk mengiklankan produk mereka. Maklumat penting dalam reka bentuk grafik papan iklan merangkumi empat aspek iaitu tipografi, visual, warna dan ilustrasi. Kajian ini memberi fokus untuk melihat penggunaan jenis dan karakter tipografi yang digunakan pada papan iklan di Tawau. Data dalam kajian awal ini diperoleh daripada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah gambar papan iklan yang diambil menggunakan kamera di lokasi sebenar. Data-data primer juga diperoleh melalui temu bual dengan pegawai Unit Iklan di Majlis Perbandaran Tawau. Data sekunder pula diperoleh melalui buku, kajian jurnal dan tesis yang berkaitan dengan kajian. Teknik analisis kandungan yang disebut content analysis secara deskriptif digunakan untuk menghurai dokumen. Anatomi huruf yang diasaskan oleh Bodoni (1788) digunakan sebagai panduan mengelaskan jenis huruf pada papan iklan di Tawau. Dalam konteks kajian ini, penulis melaksanakan apresiasi visual terhadap penggunaan elemen tipografi pada papan iklan dari aspek pemilihan jenis fon dan kemudahbacaan dalam menyampaikan maklumat. Kajian ini berdasarkan sepuluh buah papan iklan di Tawau untuk mengenal pasti dan memaparkan jenis tipografi. Hasil kajian menunjukkan penggunaan tipografi daripada keluarga Sans Serif mendominasi jenis tipografi papan iklan di Tawau.