Keperluan, kegunaan dan kepuasan portal berita dalam kalangan remaja Kadazandusun di Sabah

Pola penggunaan portal berita dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatu yang menarik untuk diselidiki memandangkan industri portal berita yang kian berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan portal berita daripada tinjauan ke atas 300 orang remaja Kadazandusun Sabah yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aisah Meri, Lee Kuok Tiung, Siti Nurbayu Mohd Yusoff, Cyril Modili
Format: Article
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26517/1/Keperluan%2C%20kegunaan%20dan%20kepuasan%20portal%20berita%20dalam%20kalangan%20remaja%20Kadazandusun%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26517/2/Keperluan%2C%20kegunaan%20dan%20kepuasan%20portal%20berita%20dalam%20kalangan%20remaja%20Kadazandusun%20di%20Sabah1.pdf
Description
Summary:Pola penggunaan portal berita dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatu yang menarik untuk diselidiki memandangkan industri portal berita yang kian berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan portal berita daripada tinjauan ke atas 300 orang remaja Kadazandusun Sabah yang berpandukan kepada Teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G). Hasil dapatan kajian mendapati keperluan kognitif, keperluan penyepaduan diri dan keperluan penyepaduan sosial merupakan keperluan utama penggunaan portal berita dalam kalangan remaja Kadazandusun. Data juga menunjukkan remaja Kadazandusun kerap menggunakan portal berita untuk tujuan pembelajaran, pencarian maklumat dan hiburan. Sementara itu, kepuasan yang paling tinggi diperoleh remaja ini adalah mudah, interaktiviti dan pengawasan. Kajian mendapati bahawa dalam fenomena kaya media pada hari ini, portal berita sentiasa memainkan peranan penting dan diterima dengan baik dalam kalangan remaja Kadazandusun di Sabah khususnya.