Perkembangan dan peranan mogok di Malaysia: satu kajian awal
Kertas kerja ini – dengan mengguna-pakai kaedah sejarah, pendekatan kualitatif, dan sorotan literatur – menghuraikan fenomena mogok yang berlaku di Malaysia. Penjelasan dilakukan terhadap pengertian mogok, beberapa peristiwa mogok, peranan kesatuan dalam mogok, dan implikasinya terhadap perhubungan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Minda Masagi Press, Bandung, Indonesia; and UBD, BS Begawan, Brunei Darussalam
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26949/1/Perkembangan%20dan%20peranan%20mogok%20di%20Malaysia.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26949/2/Perkembangan%20dan%20peranan%20mogok%20di%20Malaysia1.pdf |
Summary: | Kertas kerja ini – dengan mengguna-pakai kaedah sejarah, pendekatan kualitatif, dan sorotan literatur – menghuraikan fenomena mogok yang berlaku di Malaysia. Penjelasan dilakukan terhadap pengertian mogok, beberapa peristiwa mogok, peranan kesatuan dalam mogok, dan implikasinya terhadap perhubungan perusahaan. Dapatan kajian menunjukan bahawa mogok merupakan salah satu bentuk tindakan perusahaan oleh para pekerja bagi menuntut hak dan keperluan mereka di tempat kerja. Mogok yang dilancarkan oleh pekerja adalah untuk menekan pihak majikan agar menerima cadangan dan tuntutan mereka, manakala pihak majikan pula berperanan untuk mengawal mogok agar tidak berpanjangan dan pihak kerajaan berperanan sebagai “penyelesai masalah” jika pertikaian tidak dapat diselesaikan. Kesan dari interaksi ini menyebabkan bilangan mogok semakin berkurangan; sebaliknya, corak pertikaian perusahaan lebih cenderung berbentuk individu, seperti pembuangan pekerja. Namun begitu, para pekerja tetap melancarkan tindakan perusahaan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti piket dan “go-slow” bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap pihak majikan. Kenyataan tersebut membuktikan bahawa fenomena tindakan perusahaan, seperti mogok, akan terus berlaku sebagai satu manifestasi ketidakharmonian dalam perhubungan perusahaan di Malaysia. |
---|