Peranan dan potensi masjid sebagai pusat pelancongan ilmu di Sabah

Bilangan pelancong yang berkunjung ke Malaysia dilihat semakin meningkat semasa ke semasa. Saban hari, bulan dan tahun meningkat daripada 33.1 juta orang pada tahun 2000 kepada 134 juta pada tahun 2017. Peningkatan statistik ini hanya bersifat umum namun tidak memfokuskan kepada skop pelancongan sec...

Fuld beskrivelse

Bibliografiske detaljer
Main Authors: Suhailah Abd Muin, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Nor-Ina Kanyo, Mikdar Rusdi, Atika Farhain Ali
Format: Article
Sprog:aa
English
Udgivet: Penerbit Akademia Baru Publication 2020
Fag:
Online adgang:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27153/1/Peranan%20dan%20potensi%20masjid%20sebagai%20pusat%20pelancongan%20ilmu%20di%20Sabah-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27153/2/Peranan%20dan%20potensi%20masjid%20sebagai%20pusat%20pelancongan%20ilmu%20di%20Sabah.pdf
Beskrivelse
Summary:Bilangan pelancong yang berkunjung ke Malaysia dilihat semakin meningkat semasa ke semasa. Saban hari, bulan dan tahun meningkat daripada 33.1 juta orang pada tahun 2000 kepada 134 juta pada tahun 2017. Peningkatan statistik ini hanya bersifat umum namun tidak memfokuskan kepada skop pelancongan secara khusus sama ada mereka datang atas kapasiti ekopelancongan, sosio-budaya dan rekreasi atau sebagainya. Justeru, statistik yang ada tidak menunjukkan hala tuju pelancongan di Malaysia. Dalam konteks negeri Sabah, kunjungan pelancong lazimnya berfokus kepada pelancongan berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan di pulau-pulau peranginan dan taman-taman negeri Sabah. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, pelancong-pelancong yang datang dilihat turut melawati pusat-pusat ibadah yang ada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu seperti Masjid Bandaraya, Masjid Negeri mahupun Masjid Universiti Malaysia Sabah, UMS. Kajian ini akan memfokuskan kepada peranan Masjid UMS yang dilihat berpotensi untuk digarap dan dipelbagaikan fungsinya sebagai masjid pelancongan ilmu dan syiar dalam menyebarkan nilai dan imej Islam yang sebenar. Sehubungan dengan itu, pelan pelancongan ilmu seharusnya disediakan bagi memanfaatkan peluang ini untuk memperkenalkan Islam lebih meluas kepada para pengunjung khususnya kepada pelancong yang bukan beragama Islam baik yang datang dari dalam negara mahupun yang datang dari luar negara. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas konsep pelancongan ilmu dan peranan masjid UMS sebagai pusat pelancongan terpilih. Selain kawasannya yang strategik, alam flora serta urus tadbir yang cekap dan sistematik, warga UMS juga turut memainkan peranan penting dalam menampilkan akhlak mesra pelancong yang menjadi salah satu tarikan para pelancong untuk terus berkunjung tanpa merasa kekok dan tidak selesa. Oleh itu pelbagai kaedah harus difikirkan untuk terus memupuk fungsi dan peranan masjid supaya tidak hanya dijadikan sebagai destinasi lawatan semata-mata tetapi perlu diperluas fungsinya sebagai pusat pelancongan ilmu dan syiar yang bukan hanya tertumpu kepada penduduk tempatan yang beragama Islam tetapi juga kepada para pengunjung yang bukan beragama Islam.