Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Pentaksiran Kemahiran Insaniah Murid (IPKIM) mata pelajaran Rekacipta

Artikel ini membincangkan tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid mata pelajaran rekacipta. Kesemua item dibina berdasarkan adaptasi ke atas beberapa teori dan model kemahiran insaniah serta kajian literatur yang telah diperolehi dari dalam dan juga luar n...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hussin Musa, Christina Andin, Syahrul Nizam Salam
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27272/1/Kesahan%20dan%20keboleh%20percayaan%20Instrumen%20Pentaksiran%20Kemahiran%20Insaniah%20Murid%20%28IPKIM%29%20mata%20pelajaran%20Rekacipta%20%20abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27272/2/Kesahan%20dan%20keboleh%20percayaan%20Instrumen%20Pentaksiran%20Kemahiran%20Insaniah%20Murid%20%28IPKIM%29%20mata%20pelajaran%20Rekacipta%20Fulltext.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid mata pelajaran rekacipta. Kesemua item dibina berdasarkan adaptasi ke atas beberapa teori dan model kemahiran insaniah serta kajian literatur yang telah diperolehi dari dalam dan juga luar negara. Hasil kajian ini telah mengemukakan lapan konstruk penting dalam melaksanakan pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah menerusi kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik, dan kemahiran memahami budaya. Pengesahan pakar melibatkan pensyarah-pensyarah universiti tempatan, institut pendidikan guru dan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan melebihi 10 tahun. Seramai 5 orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan kandungan dan 5 orang panel sebagai pakar praktis bagi menentukan kesahan item dari sudut perkataan, laras bahasa dan juga ayat dalam setiap item yang dibina. Selain itu, kaedah pengukuran kuantitatif menerusi Content Valdity Ratio (CVR) telah digunakan bagi menilai item-item tersebut samaada perlu untuk dikekalkan ataupun diubahsuai. Hasil kajian mendapati kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri- ciri pengukuran sesebuah instrumen dan boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur kemahiran insaniah murid di sekolahsekolah menengah.