Toleransi etnik dalam kalangan pelajar bumiputera sekolah menengah di Kota Kinabalu Sabah
Keharmonian dan kemajuan sesebuah negara pada hari ini bukan sahaja bergantung terhadap kemajuan ekonomi semata-mata tetapi juga bergantung kepada faktor lain terutamanya faktor toleransi yang juga merupakan elemen asas dalam politik sesebuah negara. Banyak konflik berlaku diseluruh dunia disebabkan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Pusat Penataran Ilmu Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27423/1/Toleransi%20etnik%20dalam%20kalangan%20pelajar%20bumiputera%20sekolah%20menengah%20di%20Kota%20Kinabalu%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27423/2/Toleransi%20etnik%20dalam%20kalangan%20pelajar%20bumiputera%20sekolah%20menengah%20di%20Kota%20Kinabalu%20Sabah1.pdf |
Summary: | Keharmonian dan kemajuan sesebuah negara pada hari ini bukan sahaja bergantung terhadap kemajuan ekonomi semata-mata tetapi juga bergantung kepada faktor lain terutamanya faktor toleransi yang juga merupakan elemen asas dalam politik sesebuah negara. Banyak konflik berlaku diseluruh dunia disebabkan faktor perbezaan identiti sama ada perbezaan kaum, ras mahupun agama atau dengan erti kata lain jarak sosial yang tinggi dalam masyarakat. Perbezaan ini sekiranya diuruskan dengan baik sudah tentunya konflik dapat dielakkan. Justeru itu, untuk mengetahui sama ada masyarakat berada dalam keadaan hubungan yang baik, indikator toleransi sering kali dijadikan sebagai asas kayu ukur. Oleh yang demikian artikel ini bertujuan untuk mengukur tahap toleransi etnik masyarakat dengan menjadikan golongan remaja di sekolah menengah di Kota Kinabalu sebagai responden kajian. Hasil kajian menggunakan soal selidik terhadap 731 orang responden mendapati tahap toleransi etnik responden adalah tinggi. Keadaan ini menunjukkan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Kota Kinabalu adalah baik. |
---|