Pengaruh pengalaman mengajar terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di zon pulau, utara Sabah
Kajian ini bertujuan untuk menentukan corak perkaitan antara dua pemboleh ubah kajian iaitu faktor pengalaman mengajar guru dan efikasi guru-guru yang bertugas di sekolahsekolah rendah di Zon Pulau, Utara Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan berlandaskan kepada reka bentuk ka...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Pusat Penataran Ilmu Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27454/1/Pengaruh%20pengalaman%20mengajar%20terhadap%20efikasi%20guru%20dalam%20kalangan%20guru-guru%20sekolah%20rendah%20di%20zon%20pulau%2C%20utara%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27454/2/Pengaruh%20pengalaman%20mengajar%20terhadap%20efikasi%20guru%20dalam%20kalangan%20guru-guru%20sekolah%20rendah%20di%20zon%20pulau%2C%20utara%20Sabah1.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan corak perkaitan antara dua pemboleh ubah kajian iaitu faktor pengalaman mengajar guru dan efikasi guru-guru yang bertugas di sekolahsekolah rendah di Zon Pulau, Utara Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan berlandaskan kepada reka bentuk kajian eks-post fakto. Data dikumpul menerusi soal selidik dengan menggunakan instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) dua belas item yang dibangunkan oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy [1]. Menerusi reka bentuk persampelan bertujuan dan persampelan rawak mudah, seramai 151 orang guru yang mengajar di empat belas buah sekolah rendah dalam zon ini telah terlibat di dalam kajian. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data dan seterusnya membentangkan hasil dapatan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan ANOVA (sehala). Dapatan kajian mendapati tahap kepercayaan efikasi guru berada pada tahap yang tinggi dan positif. Dapatan juga menjelaskan bahawa faktor pengalaman mengajar guru tidak berupaya membezakan secara signifikan aras efikasi guru. Keputusan analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<.05 dalam efikasi guru [F (9,154) = 1.550, P = .136]. Oleh yang demikian, hipotesis nol (Ho1) yang menyatakan tidak terdapat perbezaan efikasi mengikut pengalaman mengajar guru gagal ditolak. Implikasi kajian juga telah dibincangkan. |
---|