Isu penyeludupan di Pulau Sebatik, Malaysia

Makalah ini membincangkan penyeludupan yang berlaku di Pulau Sebatik, sebuah pulau yang dikongsi bersama oleh Malaysia-Indonesia. Tumpuan diberikan kepada penyeludupan dadah, senjata dan teroris serta pemerdagangan manusia dan pendatang tanpa izin (PTI) yang berlaku di pula...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Shawaluddin Wan Hassan, Amrullah Maraining, Ramli Dollah
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27510/1/Isu%20penyeludupan%20di%20Pulau%20Sebatik%2C%20Malaysia%20abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27510/2/Isu%20penyeludupan%20di%20Pulau%20Sebatik%2C%20Malaysia%20fulltext.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan penyeludupan yang berlaku di Pulau Sebatik, sebuah pulau yang dikongsi bersama oleh Malaysia-Indonesia. Tumpuan diberikan kepada penyeludupan dadah, senjata dan teroris serta pemerdagangan manusia dan pendatang tanpa izin (PTI) yang berlaku di pulau tersebut. Kedudukan Pulau Sebatik yang sangat ideal membolehkan penyeludupan dilakukan oleh pihak sindiket mahupun individu serta ditambah lagi dengan beberapa faktor seperti rasuah, kurangnya kawalan pihak keselamatan Malaysia, jaringan sosial serta kejauhan jarak antara Pulau Sebatik (Indonesia)-Jakarta. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian di lapangan serta rujukan buku, tesis, artikel jurnal, akhbar di samping laman web agensi kerajaan. Dapatan kajian mendapati dadah yang di seludup melalui Pulau Sebatik hanya sekitar 10 peratus sahaja, namun kemudiannya disebarkan sehingga ke Sulawesi Selatan. Pulau ini digunakan sebagai laluan bagi aktiviti kumpulan radikal di Indonesia mendapatkan latihan serta menyokong pihak yang tertindas di selatan Filipina di samping menyeludup senjata dari selatan Filipina ke Indonesia; dan sindiket pemerdagangan orang dan PTI mengambil peluang kerana menyedari ramai rakyat dari Indonesia yang mahu masuk ke Sabah untuk bekerja.