Persepsi pelajar Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin terhadap program kitar semula

Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi pelajar sekolah menengah terhadap program kitar semula di sekolah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dengan soal selidik digunakan untuk mengutip data dan juga kualitatif untuk memerhati persepsi pelajar tenta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Chong, Oi Min, Mohammad Tahir Mapa
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27559/1/Persepsi%20pelajar%20Sekolah%20Menengah%20Datuk%20Peter%20Mojuntin%20terhadap%20program%20kitar%20semula.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27559/2/Persepsi%20pelajar%20Sekolah%20Menengah%20Datuk%20Peter%20Mojuntin%20terhadap%20program%20kitar%20semula1.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi pelajar sekolah menengah terhadap program kitar semula di sekolah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dengan soal selidik digunakan untuk mengutip data dan juga kualitatif untuk memerhati persepsi pelajar tentang program kitar semula dan penggunaan tong kitar semula. Seramai 180 orang responden ditetapkan melalui persampelan secara rawak mudah dan pemilihan responden adalah pelajar tingkatan empat yang belajar di sekolah ini. Statistik deskriptif dengan peratusan diperolehi telah digunakan dalam analisis kajian ini. Sampel kajian yang dipilih dapat mewakili keseluruhan pelajar sekolah yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap pelaksanaan pelbagai program kitar semula untuk memupuk amalan dalam diri pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar sekolah mengetahui adanya pelbagai program kitar semula dan mereka juga sedar terhadap kepentingan kitar semula tetapi untuk mempratikkan amalan ini adalah agak sukar. Analisis keseluruhan menunjukkan persepsi dan penglibatan pelajar terhadap program kitar semula adalah rendah. Justeru itu, semua pihak dalam kawasan sekolah harus bekerjasama dan berusaha sepenuhnya untuk memastikan pelajar menyedari kepentingan pelaksanaan program kitar semula agar mampu mengatasi masalah sampah di sekolah yang seterusnya memupuk amalan kitar semula dalam diri pelajar. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat mengubah amalan dan menarik perhatian serta minat pelajar terhadap pelbagai program kitar semula, sekaligus dapat mendidik pelajar mencintai alam sekitar dan menjaga kebersihan kawasan sekolah.