Elemen realisme magis yang tidak dapat dijelaskan (The irreducible element) dalam kumpulan cerpen Laron (2010) oleh Jasni Matlani
Kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam kumpulan cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang menghimpunkan 30 buah cerpen Jasni Matlani. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya meneliti lima buah cerpen dalam kumpulan cerpen Laron, iaitu Di Bawah Pohon Angsana, D...
Summary: | Kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam kumpulan cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang menghimpunkan 30 buah cerpen Jasni Matlani. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya meneliti lima buah cerpen dalam kumpulan cerpen Laron, iaitu Di Bawah Pohon Angsana, Dua Helai Daun, Kisah di Sebuah Taman dan Perempuan Berbau Harum. Penelitian ciri irreducible element dalam gaya penulisan realisme magis mengikut aliran Wendy B. Faris, iaitu elemen yang tidak dapat dijelaskan menjadi tumpuan analisis kelima-lima cerpen tersebut. Mengikut Wendy B.Faris, Irreducible Element (Ordinary Enchantments Magical Realism and Remystifiction of Narratives) merujuk kepada sesuatu perkara yang tidak dapat dijelaskan mengikut hukum alam berdasarkan logik, pengetahuan biasa atau kepercayaan yang ada. Oleh itu, analisis terpaksa berfokus pada dua unsur utama iaitu objek magis yang merangkumi bunyi, benda dan tempat serta pemerian watak-watak dalam karya dengan melihat bagaimana watak-watak magis dibangunkan dalam ruang realiti. Hasil kajian membuktikan bahawa gaya penulisan Jasni Matlani memenuhi konsep elemen yang tidak dapat dijelaskan (the irreducible element) dan sesuai dikategorikan sebagai karya realisme magis. |
---|