Penerapan patriotisme dalam kalangan guru-guru Sejarah sekolah menengah di Sabah

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan patriotisme guru-guru sejarah sekolah menengah di Sabah. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik bagi tujuan mengumpul data. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru sejarah yang melibatkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jais Abdul Hamid, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, Sharifah Darmia Sharif Adam, Budi Anto Mohd Tamring, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2021
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27610/1/Penerapan%20patriotisme%20dalam%20kalangan%20guru-guru%20Sejarah%20sekolah%20menengah%20di%20Sabah%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27610/2/Penerapan%20patriotisme%20dalam%20kalangan%20guru-guru%20Sejarah%20sekolah%20menengah%20di%20Sabah%20FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan patriotisme guru-guru sejarah sekolah menengah di Sabah. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik bagi tujuan mengumpul data. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru sejarah yang melibatkan seramai 367 responden di seluruh Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan patriotisme pada tahap tinggi. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan penerapan patriotisme antara responden pengkhususan sejarah dan bukan pengkhususan sejarah. Dapatan ini memberikan input berguna khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak pentabiran sekolah bagi merancang program-program pembangunan profesionalisme.