Dunia Hampir Bergabung dalam Kumpulan Cerpen Laron oleh Jasni Matlani: satu bacaan Realisme Magis (The analysis of Magis Realism in the works of Jasni Matlani)

Dalam penulisan karya realisme magis, wujud unsur-unsur penggabungan dunia yang merujuk kepada kewujudan dunia realiti dan dunia magis yang hampir bergabung. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam Kumpulan Cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Asmiaty Amat, Roziah Adama
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UKM 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27635/1/Dunia%20Hampir%20Bergabung%20Dalam%20Kumpulan%20Cerpen%20Laron%20oleh%20Jasni%20Matlani%20Satu%20Bacaan%20Realisme%20Magis%20%28The%20analysis%20of%20Magis%20Realism%20in%20the%20works%20of%20Jasni%20Matlani%29i%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27635/2/Dunia%20Hampir%20Bergabung%20Dalam%20Kumpulan%20Cerpen%20Laron%20oleh%20Jasni%20Matlani%20Satu%20Bacaan%20Realisme%20Magis%20%28The%20analysis%20of%20Magis%20Realism%20in%20the%20works%20of%20Jasni%20Matlani%29%20FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Dalam penulisan karya realisme magis, wujud unsur-unsur penggabungan dunia yang merujuk kepada kewujudan dunia realiti dan dunia magis yang hampir bergabung. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam Kumpulan Cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang menghimpunkan 30 buah cerpen karya Jasni Matlani. Walau bagaimanapun kajian ini hanya meneliti tiga cerpen dalam Kumpulan Cerpen Laron, iaitu “Laron”, “Dua Helai Daun”, dan “Perempuan Berbau Harum”. Skop kajian ini hanya mengaplikasikan satu daripada lima ciri realisme magis mengikut aliran Wendy B. Faris (2004), iaitu dua dunia yang hampir bergabung atau “merging realms”. “Merging realms” dalam buku Wendy B. Faris Ordinary Enchantments Magical Realism and Remystifiction of Narratives bermaksud wujudnya dua dunia yang hampir bergabung dalam karya realisme magis. Oleh itu, bagi menganalisis cerpen yang mengandungi elemen dunia yang hampir bergabung, analisis memfokuskan pada penggabungan dunia realiti dan dunia lain dalam cerpen-cerpen yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan cerpen-cerpen Jasni Matlani memenuhi konsep elemen dunia yang hampir bergabung dan dikategorikan sebagai karya realisme magis.