Persepsi pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah terhadap laman rangkaian sosial untuk mencari pekerjaan

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui laman rangkaian sosial yang digunakan oleh pelajar tahun akhir FPEP, UMS sebagai medium untuk mencari pekerjaan serta mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir FPEP, UMS dalam menggunakan media sosial sebagai medium mencari...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Natasha Nabilla Ahmad
Other Authors: Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UMS
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29632/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29632/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui laman rangkaian sosial yang digunakan oleh pelajar tahun akhir FPEP, UMS sebagai medium untuk mencari pekerjaan serta mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir FPEP, UMS dalam menggunakan media sosial sebagai medium mencari pekerjaan di samping mengkaji persepsi pelajar tahun akhir FPEP, UMS terhadap penggunaan media sosial dalam mencari pekerjaan. Kajian ini melibatkan seramai 4 orang informan yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Keempat-empat informan tersebut berumur 25 tahun yang kini aktif menggunakan laman rangkaian sosial apabila ingin mencari kerja secara atas talian. Bagi memudahkan kajian ini, kaedah pendekatan yang digunakan ialah kaedah pendekatan kualitatif dengan bersertakan persampelan bertujuan untuk memperoleh maklumat daripada informan dengan lebih mendalam dan terperinci. Pengkaji telah menggunakan teknik temu bual untuk mendapatkan data bagi melengkapkan hasil dapatan kajian. Kemudian, data dianalisis seterusnya ditranskripkan dari alat perakam suara kepada ayat yang sesuai dalam bentuk akademik ke atas helaian kertas. Hasil data yang diperolehi telah menunjukkan bahawa medium rangkaian sosial yang digunakan oleh pelajar tahun akhir terdiri daripada Facebook, LinkedIn, Instagram, Google dan Whatsapp. Manakala, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir dalam menggunakan media sosial sebagai medium mencari pekerjaan ialah iklan palsu, jaminan keselamatan maklumat peribadi, diskriminasi pemilihan calon, persaingan, kurang kepakaran menggunakan media sosial dan keperluan berbahasa Cina. Akhir sekali, persepsi pelajar tahun akhir terhadap medium yang digunakan untuk mencari kerja ialah berkesan, memberi ancaman keselamatan (kerisauan tentang data peribadi) serta menjimatkan kos dan masa.