Menyingkap gejolak rasa dan citra watak Azmah Nordin
Azmah Nordin figura sastera tanahair yang tidak asing. Penerima Sea-Write Award 2009 ini seringkali tampik membawa dimensi baru pengkaryaan dengan penumpuan terhadap watak-watak dan teknik penceritaannya yang gemar gaya aliran bawah sedar. Buku ini Menyingkap Gejolak Rasa dan Citra Azmah Nordin adal...
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29657/3/Menyingkap%20gejolak%20rasa%20dan%20citra%20watak%20Azmah%20Nordin-Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29657/1/Menyingkap%20Gejolak%20Rasa%20dan%20Citra%20Watak%20Azmah%20Nordin.pdf |
Summary: | Azmah Nordin figura sastera tanahair yang tidak asing. Penerima Sea-Write Award 2009 ini seringkali tampik membawa dimensi baru pengkaryaan dengan penumpuan terhadap watak-watak dan teknik penceritaannya yang gemar gaya aliran bawah sedar. Buku ini Menyingkap Gejolak Rasa dan Citra Azmah Nordin adalah satu tinjauan terhadap beberapa buah novel Azmah Nordin, iaitu Dari Dalam Cermin, Dukanya Abadi, Pantai Kasih, Debur Menerpa, Awang Kirana Mudir Besar dan Menongkah Lumrah menggunakan psikoanalisis Freud yang disejajarkan dengan psikologi Islam. Penelitian terhadap novel-novel tersebut mengangkat pemikiran serta citra watak-watak ciptaan Azmah yang sarat dengan gejolak dan keinginan untuk diberi perhatian. Kreativiti yang ditunjukkan oleh pengarang dalam memaparkan watak-watak yang terlibat menerusi gelora jiwa, fikiran dan tindak-tanduk watak disebatikan pengarang dalam satu ruang kesedaran, prasedar dan bawah sedar. Pengalaman hidup wanita yang berperanan sebagai ibu, isteri, anak dan wanita serta latar belakang yang dialami memberi kesan sangat mendalam terhadap tindak-tanduk mereka. Keterkongkongan, ketidakadilan, diskriminasi serta tanggapan negatif kaum lelaki yang bercitra ayah, suami, anak dan individu memberikan impak untuk mereka menjadi penentang ketidakadilan. Kesemua ini membentuk satu identiti kepengarangan Azmah Nordin yang sering kali bergejolak dan bergelora untuk mengangkat wanita. Pun demikian, Azmah bukanlah pengarang wanita yang taksub kepada feminis Barat dan bergelora jiwanya tanpa pedoman. Beliau memberikan satu dimensi baru pencitraan wanita Malaysia yang bijak, sabar dan pemaaf. |
---|