Penggunaan e-pembelajaran dan kesannya terhadap kesejahteraan kakitangan akademik di IPT Sabah

E-Pembelajaran adalah kaedah pembelajaran dengan menggunakan informasi teknologi dalam pemindahan pengetahuan, pembelajaran dan latihan dalam pendidikan moden. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan, pelbagai usaha dilakukan untuk memperkenalkan sistem E-Pembelajaran dalam si...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, Mahadirin Ahmad, Jalihah Md Shah, Jurry Foo, Ramlah Daud, Md Hafizi Ahsan, Liew, Thor Seng
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Secholian Publication PLT 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30210/1/Penggunaan%20e-pembelajaran%20dan%20kesannya%20terhadap%20kesejahteraan%20kakitangan%20akademik%20di%20IPT%20Sabah%20ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30210/4/Penggunaan%20e-pembelajaran%20dan%20kesannya%20terhadap%20kesejahteraan%20kakitangan%20akademik%20di%20IPT%20Sabah%20FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:E-Pembelajaran adalah kaedah pembelajaran dengan menggunakan informasi teknologi dalam pemindahan pengetahuan, pembelajaran dan latihan dalam pendidikan moden. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan, pelbagai usaha dilakukan untuk memperkenalkan sistem E-Pembelajaran dalam sistem pembelajaran universiti di Malaysia. Pemindahan pengetahuan, aktiviti pembelajaran, kuliah dan tutorial tidak terhad kepada pertemuan bersemuka atau kuliah secara tradisional antara para pensyarah dan pelajar malah boleh dilakukan melalui blanded learning (BL). Walau bagaimanapun perkembangan ini mempengaruhi kesejahteraan dalam pekerjaan kakitangan akademik. Kajian rintis (pendekatan kuantitatif) yang dilakukan dalam kalangan kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Sabah menunjukkan Model Unified Theory of Acceptance And Use Of Technology (UTAUT) boleh digunakan sebagai peramal kepada tingkah laku menggunakan e–pembelajaran kakitangan akademik. Hasil kajian mendapati faktor kondisi kemudahan dan sokongan peralatan teknologi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimaan penggunaan E-Pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran harian. Walau bagaimanapun kajian ini mendapati amalan E-Pembelajaran mempengaruhi kebimbangan kakitangan akademik dan menerbitkan perasaan takut ketinggalan dalam memahami sistem teknologi pendidikan pada masa kini. Kajian ini membuka jalan kepada penyelidikan yang berkait rapat dengan penerimaan teknologi sejajar dengan keperluan pada masa kini.