Amalan pengurusan sumber manusia: isu-isu penyelidikan

Kepentingan amalan pengurusan sumber manusia (PSM) dalam meningkatkan prestasi pekerja dan juga organisasi telah diiktiraf bukan sahaja oleh para sarjana tetapi juga oleh para pengamal di organisasi. Walau bagaimanapun, perbincangan berkenaan amalan PSM lebih menjurus kepada organisasi-organisasi ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sumarnie Saguna, Noor Syakirah Zakaria
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30215/2/Amalan%20pengurusan%20sumber%20manusia%2C%20isu-isu%20penyelidikan-%20Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30215/1/Amalan%20Pengurusan%20Sumber%20Manusia%2C%20Isu-Isu%20Penyelidikan.pdf
Description
Summary:Kepentingan amalan pengurusan sumber manusia (PSM) dalam meningkatkan prestasi pekerja dan juga organisasi telah diiktiraf bukan sahaja oleh para sarjana tetapi juga oleh para pengamal di organisasi. Walau bagaimanapun, perbincangan berkenaan amalan PSM lebih menjurus kepada organisasi-organisasi yang bersaiz besar seperti syarikat multinasional (MNCs), sektor swasta serta sektor awam tanpa memberikan fokus yang sama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Berbanding dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai kelebihan daripada pelbagai aspek seperti kewangan, struktur organisasi yang jelas serta sumber manusia, maka PKS perlu mencari penyelesaian bagi memastikan kelangsungan organisasi serta daya saing mereka. Menyedari wujudnya kelompangan kajian berkenaan dengan amalan PSM di PKS, maka, artikel ini mengulas mengenai isu-isu penyelidikan berkenaan amalan PSM di PKS berdasarkan tinjauan terhadap kajian-kajian lepas.