Bahan semula jadi sebagai pewarnaan kain batik

Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru itu, pelbagai metod dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu ke...

Повний опис

Бібліографічні деталі
Автори: Erren Jossie Baeren, Humin Jusilin
Формат: Proceedings
Мова:English
English
Опубліковано: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Предмети:
Онлайн доступ:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30249/1/Bahan%20semula%20jadi%20sebagai%20pewarnaan%20kain%20batik-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30249/2/Bahan%20Semula%20Jadi%20Sebagai%20Pewarnaan%20Kain%20Batik.pdf
Опис
Резюме:Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru itu, pelbagai metod dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu kepada eksplorasi tumbuh-tumbuhan yang berpontensi dalam penghasilan warna dalam bidang batik di Sabah. Dalam penyelidikan ini, eksperimentasi dilakukan secara sistematik yang melibatkan proses awal sehingga proses akhir untuk mendapatkan eksperimen warna. Bahan-bahan dalam eksperimen ini melibatkan tekstil, bahan alam dan bahan penguncian (pemati) warna. Eksperimen ini melalui tiga tahap iaitu bermula dengan proses mordanting, mengekstrak bahan alam dan penguncian warna (fixing). Penyelidik seterusnya menjalankan ujikaji terhadap zat warna tumbuhan terhadap kesan warna yang terhasil pada tesktil (kain). Bahan penguncian (pemati) warna yang digunakan adalah seperti tawas (Al2SO4), tunjung (FeSO4) kapur (CaCO3), daun betik dan limau nipis.