Ketidakcekapan pengurusan sumber air domestik, faktor penentu tercetusnya isu keselamatan air: Satu bentuk kajian awal di Pulau Sebatik, Malaysia

Malaysia umumnya merupakan antara sebuah negara yang kaya dengan sumber air semulajadi. Purata jumlah hujan tahunannya adalah tinggi iaitu sebanyak 2940 mm setahun. Jumlah hujan yang tinggi adalah penting sebagai input kepada sistem bekalan air permukaan (sungai, tasik, kolam) dan air bawah tanah. W...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Adi Jafar, Nordin Sakke, Mohammad Tahir Mapa, Abdul Hadi Alimuddin
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30315/1/Ketidakcekapan%20pengurusan%20sumber%20air%20domestik%2C%20faktor%20penentu%20tercetusnya%20isu%20keselamatan%20air-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30315/2/Ketidakcekapan%20pengurusan%20sumber%20air%20domestik%2C%20faktor%20penentu.pdf
Description
Summary:Malaysia umumnya merupakan antara sebuah negara yang kaya dengan sumber air semulajadi. Purata jumlah hujan tahunannya adalah tinggi iaitu sebanyak 2940 mm setahun. Jumlah hujan yang tinggi adalah penting sebagai input kepada sistem bekalan air permukaan (sungai, tasik, kolam) dan air bawah tanah. Walau bagaimanapun, bekalan sumber air semulajadi yang banyak bukanlah jaminan kepada ketidakwujudan isu keselamatan air (water security) terutamanya dalam konteks kawasan pulau berpenghuni seperti Pulau Sebatik Wilayah Malaysia. Ini kerana, definisi keselamatan air itu sendiri adalah kemampuan setiap individu mengakses bekalan air bersih yang mencukupi pada harga berpatutan bagi menjalani kehidupan yang produktif (productive), bersih (clean) dan sihat (healty) tanpa mengabaikan kesejahteraan alam sekitar. Ironinya, perkara tersebut tidak akan tercapai sekiranya pengurusan bekalan air domestik di satu-satu kawasan masih lagi mundur. Dalam erti kata lain ianya masih bersifat tidak efisyen, sistematik dan holistik. Perkara ini sudah tentu akan mengganggu kestabilan sumber bekalan air daripada segi kuantiti, kualiti dan kebolehcapaiannya. Oleh hal demikian, kajian ini bertujuan mengenalpasti potensi sumber bekalan air di Pulau Sebatik Wilayah Malaysia sekaligus membincangkan bagaimana potensi sumber bekalan air tersebut diurus untuk tujuan kegunaan domestik. Bagi menjawab objektif yang telah digariskan, kaedah pemerhatian dan temubual telah digunakan. Didapati, terdapat tiga sumber bekalan air domestik utama yang berpotensi dibangunkan dan harus ditambah baik daripada segi kualiti, kuantiti dan kebolehcapaiannya iaitu air bawah tanah (perigi, air bur), air hujan (tuai hujan) dan air permukaan (empangan). Intihannya, isu mengenai keselamatan air yang wujud di Pulau Sebatik Malaysia bukanlah sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan sumber bekalan air semulajadi namun sebaliknya adalah disebabkan oleh kaedah pengurusan yang tidak sistematik, efisyen dan menyeluruh.