Komunikasi keorganisasian : satu pendekatan awal

Komunikasi organisasi adalah proses yang melibatkan interaksi manusia yang berlaku dalam organisasi. Berdasarkan Goldhaber (1990), komunikasi organisasi ialah proses pembentukan dan pertukaran maklumat dalam jaringan perhubungan yang bergantung antara satu dengan yang lain untuk menangani ketidakpas...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mali @ Awang Mali Awang Anak, Kee Sabariah Kee Mohd Yussof, Dzurizah Ibrahim
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30316/1/Komunikasi%20keorganisasian%2C%20satu%20pendekatan%20awal-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30316/2/Komunikasi%20Keorganisasian%2C%20Satu%20Pendekatan%20Awal.pdf
Description
Summary:Komunikasi organisasi adalah proses yang melibatkan interaksi manusia yang berlaku dalam organisasi. Berdasarkan Goldhaber (1990), komunikasi organisasi ialah proses pembentukan dan pertukaran maklumat dalam jaringan perhubungan yang bergantung antara satu dengan yang lain untuk menangani ketidakpastian dalam persekitaran organisasi. Kepentingan komunikasi dalam organisasi adalah disebabkan oleh aktiviti komunikasi yang sentiasa berlaku secara berterusan dalam organisasi yang dinamik. Lewis (1987) menyatakan keperluan komunikasi dalam organisasi sangat tinggi di mana 70 peratus daripada masa bekerja melibatkan proses komunikasi, yang meliputi menulis (9%), membaca (16%), bercakap (30%) dan mencerap (45 %). Penyebaran maklumat berlaku melalui komunikasi dalam organisasi. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa fungsi penting dalam komunikasi keorganisasian antaranya menyebarkan maklumat organisasi, melakukan penyelarasan tugas, mengintergrasi, mengurus, memujuk dan melakukan proses sosialisasi. Berdasarkan daripada fungsi komunikasi dalam organisasi, ketepatan dan amalan komunikasi yang berkesan harus ditekankan. Bagaimanakah strategi pihak pengurusan dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja dan impaknya kepada pencapaian matlamat organisasi. Tidak kurang pentingnya era globalisasi dan kemodenan yang menjadikan teknologi sebagai keutamaan dalam organisasi. Penulisan ini menelusuri perbincangan secara konsepsual berkaitan komunikasi keorganisasian, teori asas dalam komunikasi keorganisasian, fungsi komunikasi dalam organisasi serta cabaran untuk membentuk komunikasi yang berkesan dalam organisasi.